Setiap pasukan bola sepak mempunyai hasrat untuk mendapatkan gelaran sebagai juara. Bukan mudah mendapatkan gelaran itu tanpa usaha keras daripada pasukan itu sendiri. Namun, istilah kalah dan menang itu adalah adat perlawanan.

 

Begitulah yang dihadapi oleh pasukan Pahang, dibawa bimbingan Dollah Salleh. Mereka sepatutnya menewaskan pasukan Kuala Lumpur pada aksi semalam untuk memastikan kedudukan mereka tidak jauh berbeza dengan pendahulu liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Namun pasukan Pahang itu, terpaksa menerima hakikat apabila mereka terikat 2-2 ketika menentang pasukan Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Adakah mereka gentar bermain di laman tuan rumah? Sudah pasti tidak, tetapi ini semua adalah kerana nasib tidak menyebelahi Pahang untuk memenangi perlawan, hanya sekadar seri sehingga perlawanan tamat.

Namun begitu pasukan kendalian Dollah masih berada di kedudukan tangga kedua, tetapi mereka kehilangan dua mata, dan mempunyai perbezaan empat mata dengan pasukan pendahulu liga. Pahang juga terpaksa berkongsi 11 mata dengan pasukan Terengganu yang berada di tangga ketiga.

pahang
sumber foto : Football Tribe

Pada awalnya, pemain tuan rumah Guilherme De Paula terdahulu menceriakan suasana penyokong dan pasukan apabila berjaya mencipta jaringan pada minit ke-10.

Pasukan pelawat tidak berdiam diri terhadap bolos yang diberikan, dua minit selepas itu mereka  berjaya memecahkan kebuntuhan menerusi hantaran Chan Vathanaka, kemudian disempurnakan dengan tandukan Mohamadou Sumareh.

pahang
Tandukan Mohamadou Sumareh

Perlawanan dilihat semakin sengit antara kedua-dua pasukan apabila pada minit ke-39 pasukan tuan rumah sekali lagi meggegarkan stadium di Cheras itu menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin dengan keadaan tenang membuat tolakan bola masuk umpanan De Paula.

Bersambung pada babak kedua, pada mulanya agak sepi tanpa jaringan kerana kedua-dua pasukan sedang berusaha mencari peluang. Namun pada minit ke-60 pahang berjaya mengikat kedudukan 2-2, apabila R Kogileswaran menyempurnakan rembatan dari luar kotak menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur.

12 minit terakhir pemain pertahanan Pahang, Ahmad Muslim, hampir berjaya membawa pasukannya meraih kemenangan, namun sepakan percumanya itu sedikit tersasar dari gawang dan keputusan tetap 2-2 sehingga perlawanan tamat.

Sumber : Berita Harian

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here