kebotakan

Rambut anda kerapkali gugur? Selalu anda mengalami masalah bila menyikat rambut, banyak yang gugur? Jangan biarkan masalah ini daripada berlarutan kerana ia boleh menyebabkan anda kebotakan.

Tahukah anda, masalah rambut gugur ini sering dialami oleh golongan wanita dan juga lelaki. Tidak kira usia muda atau tua. Jika masalah ini tidak ditangani dan diberikan rawatan yang cepat, mungkin akan lebih serius lagi.

 kebotakanMengikut psikologi, orang yang mempunyai masalah sebegini, akan berasa kurang yakin pada diri sendiri. Termasuklah ketika menghadiri jamuan ataupun berbual-bual dengan orang lain. Mereka berasa seolah-olah diperhatikan.

Kami akan kongsikan kepada anda beberapa petua semulajadi untuk mengatasi rambut gugur. Paling mudah, anda hanya perlu praktikan di rumah sahaja dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

#1. Gunakan Santan

Menjadi kebiasaan orang dahulu lagi apabila menggunakan santan untuk rawatan rambut mereka. Cara ini telah diperakui mampu mengatasi  keguguran dan menumbuhkan rambut. Mudah sahaja, anda hanya perlu lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Kaedah dan cara ini akan membuatkan rambut anda menjadi lebih lembut dan bersinar. Amalkan proses ini secara rutin, sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu.

kebotakan#2. Minyak Kelapa

Minyak kelapa juga boleh digunakan dalam merawat masalah ini. Khasiat minyak kelapa memang tiada tandingannya. Rambut gugur dan kelemumur yang menyekat pertumbuhan rambut boleh diatasi dengan minyak kelapa. Anda hanya perlu sapukan minyak kelapa pada kulit kepala hingga rambut. Pastikan seluruh akar rambut itu terkena minyak kelapa. Jika proses ini anda lakukan secara rutin pada setiap hari, pasti anda mendapat hasil yang memuaskan. Akar rambut anda juga akan lebih kuat sehingga proses pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.

kebotakan

#3. Manfaat Minyak Zaitun

Khasiat minyak zaitun memang banyak. Salah satunya ialah untuk meningkatkan proses pertumbuhan rambut, mengatasi rambut gugur serta menyihatkan kulit kepala anda. anda hanya perlu titiskan empat hingga lima titis minyak zaitun setelah anda mencuci rambut. Kemudian anda hanya perlu urut secara perlahan-lahan di kulit kepala anda. anda boleh lakukan pada setiap malam hari agar kandungan minyak zaitun menyerap pada kulit kepala anda. keesokan pagi, hanya hanya perlu mencuci rambut anda sehingga bersih.

kebotakan

#4. Telur

Cara semulajadi menyelesaikan masalah ini ialah dengan menggunakan kuning telur. Anda hanya perlu sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala anda. kemudian urut kulit kepala selama 10 -15 minit. Setelah itu, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Anda disarankan untuk melakukan proses ini tiga hingga empat kali dalam seminggu.

kebotakan

Disamping itu, terdapat juga beberapa jenis makanan yang boleh membantu anda untuk mencegah rambut gugur dan masalah kebotakan.

Yogurt dan susu rendah lemak. Makanan ini mengandungi sumber vitamin A yang baik. Makanan ini membantu meningkatkan produksi sebum sehingga mencegah rambut gugur dan masalah kebotakan dengan cara semulajadi.

Selain itu, amalkan makan bayam. Bayam bukan sahaja kaya dengan antioksidan, vitamin B, vitamin C dan vitamin E, malahan kaya dengan potassium, omega-3, zat besi serta kalsium yang membantu memaksimalkan pertumbuhan rambut, sekaligus mencegah masalah ini.

Sumber kekacang. Jika anda ingin mencegah masalah yang dihadapi gugur dan botak, jangan lupa masukan menu kacang ini dalam hidangan anda. Kacang kaya dengan protein, pelbagai vitamin, serta mineral dan phytochemical yang bermanfaat sekali untuk mencegah masalah rambut rosak.

kebotakan

Anda juga boleh lakukan cara ini bagi mengurangkan dan juga menghalang masalah keguguran rambut.

Jangan kerap sikat rambut, guna sikat bergigi jarang, hilangkan kusut rambut sebelum syampu, tocang rambut sebelum tidur, makan makanan tinggi protein, berhenti menggunakan haba pada rambut (mesin pengering rambut), berhenti warnakan rambut, minum banyak air putih, jangan ikat rambut terlalu ketat dan basuh rambut selang 4 hingga 7 hari.

  Sumber: Women Online Magazine

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here