Kemunculan Litar Buriram, Thailand di dalam kalendar MotoGP musim ini dijangka menarik para peminat sukan permotoran di Asia Tenggara untuk ke sana, sekali gus bakal mengurangkan jumlah penonton di Litar Sepang.

 

Justeru, satu-satunya daya penarik rakyat tempatan untuk ke Litar Sepang adalah Hafizh Syahrin, anak Malaysia yang kini berlumba di dalam saingan MotoGP untuk pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Litar Sepang motogp
Hafizh Syahrin (kiri) yang kini beraksi untuk pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Perkara itu sendiri diakui oleh Dato’ Razlan Razali, CEO Litar Antarabangsa Sepang yang menjelaskan status Hafizh Syahrin akan menjadi faktor penting dalam menarik para peminat untuk ke litar tempatan.

Jumlah kehadiran di Sepang selalunya 80-85% dipenuhi oleh rakyat tempatan manakala selebihnya adalah pengunjung luar. Untuk rekod, seramai 166,486 penonton hadir ke Litar Sepang untuk menyaksikan aksi MotoGP Malaysia pada tahun lepas, termasuklah 97,457 tiket yang habis dijual pada hari perlumbaan.

BACA JUGA :   Wajarkah Kerajaan Mewujudkan Kereta Nasional Yang Baharu?

Litar Sepang motogp

Dijangkakan, kehadiran penonton ke Litar Buriram nanti akan menjadi sangat ramai kerana ianya merupakan aksi MotoGP pertama di negara itu.

Apa-apapun, diharapkan semuan penonton dapat memberikan sokongan padu kepada Hafizh Syahrin kerana dia adalah pelumba MotoGP pertama dari rantau Asia Tenggara.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here