Sebelum ini kita melihat warga emas dijaga oleh manusia kerana manusia lebih memahami antara satu sama lain. Tetapi hari ini Jepun sekali lagi mengejutkan dunia apabila berjaya mencipta teknologi robot yang berupaya mengurus dan menjaga warga emas.

 

Loading...

Perkara ini dikatakan sesuatu yang agak mustahi kerana robot tersebut adalah hasil ciptaan manusia, namun hal ini benar-benar berlaku di Jepun. Kerajaan Jepun telah menggunakan teknologi robot ini untuk mengurus dan menjaga warga emas.

teknologi robot
sumber foto : mynewshub

Di Tokyo, sebuah pusat jagaan  warga emas telah mula menggunakan teknologi ini sebagai langkah awal. Malah sebanyak 20 jenis robot telah digunakan dan bukan hanya dari segi bentuk tetapi juga berfungsi dalam pelbagai kegunaan untuk mengurus dan menjaga semua warga emas yang berada di pusat jagaan berkenaan.

Mungkin sukar diterima oleh negara-negara Barat tetapi bagi negara matahari terbit itu ia adalah suatu keperluan pada era kini. Hal ini kerana populasi warga emas kian meningkat dan tenaga kerja pakar semakin berkurangan di negara Jepun.

teknologi robot
sumber foto : mynewshub

Oleh itu, langkah terbaik dilakukan oleh Jepun adalah mencipta teknologi robot yang berfungsi seperti manusia. Malah, teknologi ini juga sebenarnya membantu manusia dari segi tenaga kerja yang perlu dilakukan.

Kazuko Yamada, 84, yang juga merupakan salah seorang penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Shin-tomi berpendapat bahawa robot-robot tersebut sangat mesra dan sungguh hebat. Robot tersebut juga membolehkan warga emas itu berinteraksi pada bila-bila masa. Sekali gus menjadikan hidup mereka lebih ceria.

teknologi robot
sumber foto : mynewshub

Pengarah Dasar Robotik di Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun atau METI, Atsushi Yasuda mengatakan bahawa, penggunaan robot ini dapat membantu negara dan mahu menjadikan negaranya sebagai contoh penggunaan robot kepada negara-negara lain.

Sementara itu, syarikat elektronik Jepun, Panasonic Corp turut mengambil langkah dengan menghasilkan beberapa produk berunsur robotik seperti robot berbentuk anjing laut yang diberi nama sebagai Paro dan katil yang boleh bertukar menjadi kerusi roda.

sumber : mynewshub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here