nova 2 lite

Nova 2i sebelum ini berjaya menawan hati masyarakat dengan keunikan tersendiri. Tetapi selepas itu Nova 2 Lite pula yang mengambil alih tempat tersebut apabila mendapat sambutan sangat meriah  dengan tawaran harga yang berpatutan di samping memiliki paparan dimensi tinggi (HD) 5.99 inci dan sistem dwikamera.

 

Loading...

Dwikamera belakang dan satu pada bahagian depan membolehkan anda mengambil gambar dengan lebih baik dan jelas selain membuat rakaman video berkualiti untuk menyimpan memori terindah bersama mereka yang tersayang.

Bukan saja keunikan pada kamera, Nova 2 Lite juga mempunyai RAM 3GB dengan ROM 32GB manakala hasil rekaan 2.5D pada bahagian belakang dengan panel gelas yang premium untuk membangkitkan nilai estetik sungguh menawan hati walaupun berkali-kali dipandang.

Kemera yang direka pada bahagian belakang Nova 2 Lite turut dilengkapkan dengan kehebatan 13M+2MP untuk kesan yang sangat berkualiti, malah membolehkan kamera tersebut memfokuskan wajah atau objek dengan pantas (PDAF).

Rekaan baharu ini mempunyai mod ‘Wide Apertur’ yang apabila diaktifkan, lensa 13MP akan menangkap detail pada objek manakala lensa 2MP pula akan memberikan kesan bokeh sangat baik dengan tujuh jenis tahap aperture.

Tidak lupa fungsi kamera 8MP di bahagian depan yang mempunyai flash mengikut tona swafoto secara manual atau automatik dengan apertur F2.0 bersama sudut swafoto sehingga 77 darjah menghasilkan pelbagai gambar yang menarik.

Sistem EMUI 8.0 (Android 8.0) membantu proses kelancaran. Walaupun anda memasang pelbagai aplikasi termasuk game, media sosial dan menonton video steaming pastinya ia berfungi dengan baik dan lancer.

Mempunyai dua slot kad sim dan satu slot khas untuk kad microSD yang dapat digunakan sehingga 256GB

Selain itu, anda juga boleh membuka kunci hanya menggunakan pengecaman wajah pemilik (1024 poin pada wajah manusia) dengan kelajuan 900 milisaat.

Jika anda sedang mencari telefon pintar pada kadar harga sangat berbaloi dengan spesifikasi terbaik. Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM799, malah memenuhi cita rasa masyarakat di seluruh dunia khususnya masyarakat di Malaysia. Dalam tempoh empat hari sahaja mencatat penjualan melebihi 7,000 unit.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here