Sinopsis Ringkas Ready Player One

Ready Player One yang diadaptasi daripada sebuah novel fiksyen karya Ernest Cline, mengisahkan tentang kehidupan masyarakat pada tahun 2045. Pada masa itu, ada sebuah dunia maya (virtual) ciptaan manusia yang dipanggil sebagai OASIS. Dekat OASIS ni, semua orang boleh pilih untuk jadi apa saja karakter dan avatar yang diinginkan. Nak masuk dekat OASIS ni senang sahaja, cuma perlu pakai set virtual reality (VR) yang letak dekat muka tu.

Ready Player One
Wade Watts dan Samantha menggunakan VR.

So, memang ramailah umat manusia yang habiskan masa dorang bermain dekat dunia OASIS ni. Salah seorangnya adalah Wade Watts, remaja miskin yang tinggal dengan makcik dia sebab mak ayah dia dah meninggal. Wade menggunakan nickname Parzival dalam dunia maya dan avatar dia macam ala-ala watak Cloud Strife dalam Final Fantasy.

Ready Player One
Art3mis dan Parcival.

Long story short, sebelum pengasas OASIS bernama James Halliday ni mati, dia ada tinggalkan satu challenge untuk kesemua pemain maya dekat situ. Sesiapa yang berjaya dapatkan ‘Easter Egg’ yang disorokkan di dalam OASIS, pemenangnya akan memiliki keseluruhan hakmilik ke atas OASIS berserta harta bernilai US$ 500 bilion.

Untuk memenangi Easter Egg tu, para peserta mestilah mendapakan 3 kunci utama. Haaa nak dapat kunci-kunci tu pulak kena lah menang setiap mission yang penuh dengan trik dan misteri. Pendek kata, kena discover setiap klu yang Halliday tu bagi. Dan klu dia bukan senang taw !

Ready Player One
James Halliday (kiri) yang merupakan pengasas OASIS.

Halangan terpaksa ditempuhi oleh Parzival dan rakan-rakan apabila ada seorang tokoh korporat bernama Nolan Sorrento yang cuba mendapatkan Easter Egg tu dengan cara kotor sebab ketamakan dan gila kuasa. Sorrento bukan sahaja mahu membunuh mereka di dalam alam maya, malah juga di alam realiti.

BACA JUGA :   Tarikh Tayangan Sekuel It : Chapter 2 Akhirnya Diumumkan

Hmmm nampak macam gempak, bukan ?

Recommendation

Sejujurnya filem Ready Player One ni wajib anda tonton, lebih-lebih lagi kalau anda pernah main game-game zaman 80 atau 90-an dulu.

Nak tahu kenapa ?

Memang banyak latar filem ini berdasarkan video game, contohnya macam Street Fighter, Gundam, Final Fantasy dan macam-macam lagi. Tapi jangan risau, anda yang bukan gamers pun takkan ada masalah nak faham sebab plot dia tidaklah begitu terikat dengan game.

Ready Player One

Apa yang kami suka tentang filem ini adalah mesej yang cuba disampaikan kepada penonton. Ready Player One jelas menggambarkan dalam masa beberapa tahun akan datang, alam permainan maya akan menjadi satu bentuk ‘escapism’ dalam kehidupan manusia. Manusia sudah tidak pentingkan realiti, namun lebih tertarik dengan fantasi ciptaan sendiri.

Hidup dekat dunia realiti ni tak best sebab semua benda limited. Tetapi dekat OASIS, kau boleh jadi karakter yang paling power walapun hakikatnya kau cumalah budak nerd pakai spec bulat dekat dunia sebenar.

Ready Player One
Avatar Parzival dikawal oleh Wade Watts di alam realiti.

Di akhir filem, Ready Player One memberikan kita pengajaran bahawa kita perlu menghargai kehidupan realiti dan berpijak di bumi yang nyata. Sehebat manapun kita di alam fantasi, namun apa yang penting adalah menjadi diri sendiri di alam realiti.

BACA JUGA :   Spielberg Bakal Arahkan Filem Adiwira 'Blackhawk' Daripada DC Comics

Pandangan Kami

Pada pendapat Team Deenamik, Ready Player One layak mendapat skor 9/10.

Plot cerita ini agak straightforward, tiada banyak sangat twist namun masih digarab dengan baik oleh Steven Spielberg. Perkara yang mencabar minda adalah ketika Parzival dan rakan-rakan ingin merungkai klu-klu aneh yang ditinggalkan Halliday.

Ready Player One
Parzival bersama rakan-rakannya di alam maya OASIS.

Dari segi aksi, memang kami sangat berpuas hati. Ditambah lagi dengan tempo filem ni yang laju dari awal sampai habis, memang setiap saat filem ni tak boleh miss. Sangat banyak scene yang menarik di dalam Ready Player One ni termasuklah lumba kereta, masuk rumah hantu, gorilla invasion dan banyak lagi.

Scene yang paling kami suka adalah ketika pertarungan terakhir di mana kawan Perzival, Daito bertukar menjadi watak robot Gundam untuk lawan Dinosaur. Masa tu, semua penonton dekat wayang tepuk tangan. Best wei dapat tengok anime time kecik-kecik dulu dihidupkan kembali dalam filem.

Ready Player One
Transformasi robot Gundam turut diselitkan di dalam Ready Player One.

Untuk sinematografi dan muzik pula tidak menghampakan. CGI dan kesan-kesan khas nampak memang cantik. Kadang-kala rasa macam main video game betul pun ada.

Jikalau dibandingkan dengan filem-filem arahan Spielberg yang lain, kami rasakan Ready Player One adalah salah satu karya animasi terbaik beliau. Jadi, apa tunggu lagi ? Cepat-cepat tonton filem ini di pawagam berdekatan sekarang.

Ready Player One

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan review-review filem terkini.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here