Steven Spielberg bakal muncul dengan filem adiwira pertama arahannya apabila bersetuju untuk terlibat di dalam pembikinan filem adiwira Blackhawk dari DC Comics.

 

Loading...

Pengarah terkemuka itu akan bekerjasama dengan Warner Bros untuk menerbitkan Blackhawk, seperti yang disahkan oleh DC.

Pertama kali muncul pada 1941, Blackhawk mengisahkan tentang sekumpulan pemandu jet pejuang Perang Dunia Kedua (WW II) yang digelar Blackhawk Squadron. Kumpulan itu diketuai oleh seorang lelaki misteri bernama Blackhawk.

Siri itu menjadi popular pada era 40-an dengan penampilan ‘trademark’ karakter Blackhawk yang berbaju biru sambil menjerit laungan “Hawk-a-a-a!”

Spielberg blackhawk

Lebih menarik lagi, skripnya bakal ditulis oleh David Koepp, yang juga merupakan penulis bagi filem Jurassic Park dan Indiana Jones :  Kingdom of the Crystal Skull arahan Spielberg.

BACA JUGA :   Review Filem Ready Player One (2018), Karya Agung Steven Spielberg

Pastinya filem adiwira hasil tangan Spielberg ini akan menjadi tumpuan ramai setelah siap pembikinannya nanti. Mana tidaknya, filem Ready Player One arahannya sudah mencetuskan fenomena antarabangsa dengan kutipan $475 juta di seluruh dunia.

Apabila ditanya, Spielberg memberitahu dia begitu gembira dapat bekerjasama dengan kumpulan Warner Bros untuk RP1 yang lalu, dan berharap dapat mengulangi kejayaan yang sama untuk Blackhawk nanti.

Spielberg blackhawk ready player one

Walaubagaimanapun, filem Blackhawk mungkin akan mengambil masa yang lama sebelum dapat diterbitkan di layar perak memandangkan jadual Spielberg yang begitu sibuk.

Buat masa sekarang, Spielberg sedang mengarahkan filem Indiana Jones yang kelima dan selepas itu dia juga akan terlibat dengan pembikinan semula filem West Side Story.

BACA JUGA :   Review Filem Ready Player One (2018), Karya Agung Steven Spielberg

Untuk makluman awal, filem Blackhawk akan menjadi filem ‘standalone’ DC, dan bukannya projek DCEU yang mempunyai kaitan dengan sekuel Justice League.

Hmmm adakah anda teruja ???

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber :

Digital Spy

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here