Pengguna-pengguna iPhone kini boleh menukarkan panggilan masuk yang diterima menjadi sebuah pertarungan Pokemon…tetapi dengan cara jailbreak.

 

 

Seorang pengguna Reddit bernama “FrozenPenguinToaster” memuat naik video berdurasi 15 saat yang memaparkan ciri-ciri khas pada iPhone miliknya selepas dijailbreak. Antara perkara menarik yang diubahnya adalah skrin telefon bertukar menjadi pertarungan Pokemon retro dengan grafik 8-bit apabila panggilan masuk diterima.

Bukan sahaja skrin itu memainkan lagu Pokemon, malah para pengguna juga boleh memilih untuk berlawan (angkat panggilan) atau lari (batalkan panggilan). Skrin turut memaparkan nama pemanggil sebagai nama Trainer, yang menjadikannya lebih awesome.

Pengguna iPhone yang melakukan jailbreak sebegini juga boleh mengubah penampilan karakter berdasarkan contact lists serta boleh memilih jenis pokemon yang keluar untuk bertarung.

Pokemon

Seperti yang kami tegaskan, ciri-ciri hebat ini hanyalah ada pada iPhone yang sudah dijailbreak. Apa-apapun, semoga video sebegini dapat menggerakkan pihak Apple untuk memberikan fungsi panggilan istimewa kepada pengguna iPhone di masa akan datang.

Jadi bagaimana, ada yang berminat ke ??

Bagi anda yang inginkan ciri-ciri Pokemon pada iPhone anda tapi tidak mahu jailberak, anda boleh pergi ke App Store dan muat turun ringtone pokemon serta sticker yang boleh digunakan di dalam mesej.

Anda juga boleh muat turun aplikasi seperti PokemonGo atau PokemonShuffle kalau anda rindu untuk bermain game tersebut.

Pokemon

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here