Kelebihan minum susu

  pagi

Loading...

Susu merupakan cairan penuh nutrisi yang dihasilkan oleh haiwan. Seperti sapi, kerbau, kambing, domba, dan kuda yang sihat dan tidak tercampur kolostrum dan air. Di sini kami kongsikan beberapa khasiat yang terkandung dalam pengambilan susu di awal pagi kepada tubuh badan anda.

#1. Menguatkan Tulang

Susu mengandungi kalsium yang baik untuk memberikan kesihatan kepada tulang kita. Tubuh juga akan lebih aktif dalam melakukan aktiviti harian. Tubuh juga akan menjadi lebih cepat tinggi. Tentunya ini sangat baik untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang mengalami pengeroposan tulang (osteoporosis). Minum susu setiap pagi dapat mencergah masalah ini.

pagi

#2. Meningkatkan Tenaga Dan Stamina

Tenaga dan stamina sangat diperlukan dalam melakukan aktiviti harian. Minum susu di pagi hari bersama roti, sudah cukup memberikan nutrisi yang lengkap sebagai pengganti kepada makanan sarapan. Jadi, secara tidak langsung susu dapat menjadi solusi kepada anda yang memiliki masa yang terhad di waktu pagi untuk menikmati sarapan.

pagi

#3. Penawar Racun Dalam Tubuh

Nutrisi dan anti oksidan di dalam susu bertindak sebagai antidote atau penawar racun berbahaya di dalam tubuh. Jika seseorang mengalami keracunan makanan atau zat tertentu, anda boleh minum susu untuk dijadikan penawar.

#4. Menguatkan Pertumbuhan Gigi

Gigi juga termasuk salah satu bahagian tubuh yang tersusun dari kalsium sehingga mengkonsumsi susu dapat menguatkan pertumbuhannya dan tidak mudah berlubang. Kesihatan gigi akan terjaga dan tidak mudah mengalami peradangan atau gusi berdarah.

BACA JUGA :   Khasiat Dan Kebaikan Lobak Merah Yang Perlu Anda Tahu!

pagi

#5. Meningkatkan Jumlah Sel Darah Merah

Zat besi yang terkandung dalam susu memberi manfaat untuk mencegah anemia atau kekurangan sel darah merah dalam tubuh kita. Susu dapat menjadikan tekanan darah anda seimbang dan dapat mencergah terjadinya hipotensi (tekanan darah rendah).

#6. Meningkatkan Berat Badan

Bagi yang mengalami masalah kekurangan berat badan, sangat sesuai untuk meminum susu terutamanya di waktu pagi. Kandungan lemak dalam susu akan meningkatkan kemampuan penyerapan organ pencernaan. Protein yang terdapat dalam susu dapat menambah massa otot sehingga tidak menjadi penumpukan lemak.

pagi

#7. Tajamkan Pemikiran

Kandungan vitamin B12 dan omega -3 yang terkandung dalam susu dapat meningkatkan kemampuan daya ingatan otak sehingga tidak mudah lupa, meningkatkan kemampuan kognitif, dan menambah daya konsentrasi. Ini sangat baik untuk perkembangan otak anak-anak yang sedang bersekolah.

#8. Menurunkan Kadar Stress

Minum susu dapat menurunkan kadar stress dalam diri. Senyawa dan enzim di dalam susu dapat menurunkan tingkat hormone kortisol penyebab stress di dalam tubuh. Minum susu dapat memberikan pemikiran anda rileks dan otot-otot tubuh tidak akan menjadi tegang.

pagi

#9. Penjagaan Kesihatan Kulit

BACA JUGA :   Tips Untuk Menghilangkan Bekas Hitam Di Ketiak Anda

Susu merupakan sumber protein yang sangat baik untuk nutrisi tubuh manusia. Selain itu, susu berasal dari tumbuhan seperti kekacang. Susu telah banyak digunakan dalam berbagai produk kecantikan, untuk menjadikan kulit sihat dan cantik.

Namun, masih terdapat segelintir yang masih tidak mengamalkan pengambilan susu. Ada yang akan muntah balik, jika terminum susu. Ada yang bau sahaja dan meloyakan. Sikap ini perlu anda elakkan. Belajar lah untuk minum susu untuk kesihatan tubuh anda juga.

pagi

Golongan wanita disarankan untuk mengamalkan pengambilan susu dalam kehidupan seharian untuk membekalkan kalsium secukupnya dalam badan anda. Kandungan susu sudah cukup memberikan zat kepada tubuh kita.  Ini adalah antara khasiat yang diperolehi bila anda mengambil susu dalam diet harian anda.

Semoga informasi ini dapat meningkatkan minat anda terhadap susu. Terbukti banyak terkandung manfaat kepada kesihatan tubuh badan anda. Sebenarnya, waktu pengambilan susu terpulang kepada kita sendiri. namun, setiap waktu yang diambil berbeza kesannya.

pagi

Jadi, bukan alasan lagi, anda tidak mengambil susu dalam sarapan pagi selepas ini.

Sumber: Sharing My World

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here