Bayerische Motoren Werke (BMW) Group membuat satu kejutan menerusi pelancaran MINI model terbaru mereka di Amerika Syarikat. Penghasilan model terbaru ini menggunakan konsep klasik dan moden.

 

Loading...

Rekaan sungguh menarik yang menggunakan ‘tradisional’ tetapi pada enjin dikuasakan dengan tenaga elektrik. Wah! Hebat!

Pastinya ramai yang mengidamkan MINI menjadi milik mereka. Mana tidaknya, ramai yang terpukau dengan reka bentuk sungguh cantik, unik dan menarik perhatian. Mungkin sebelum ini anda sering melihat MINI dengan model sedia ada, tetapi kali ini memang ‘meletop’, sekali pandang confirm tak berkelip mata.

bmw mini

Pelancaran kereta berkonsepkan klasik dan moden akan diperkenalkan di New York International Auto Show yang akan berlangsung hari ini, 30 Mac 2018.

Sesuai dengan era masa kini, model ini bukan sahaja cantik dari segi reka bentuknya tetapi dapat mengurangkan pencemaran udara sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga.

BACA JUGA :   Rolls Royce Milik Datuk Seri Aliff Syukri Disewakan Kepada Pelajar Tempatan

Selain itu, terdapat berita baik buat pengguna yang sudah berumur kerana design tersebut amat bersesuaian kepada golongan berjiwa klasik. Jika kita lihat golongan muda hari ini, mereka lebih suka reka bentuk moden dan lebih bergaya.

bmw mini

Bagaimanapun, kepada yang berminat memiliki model terbaru klasik ini anda perlu melupakan hasrat tersebut, kerana syarikat berkenaan telah memberitahu bahawa model ini hanya sekadar one off dan pertunjukannya hanya dibuat di New York Auto Show sahaja.

Melalui portal BMW-Group, konsep MINI elektrik ini telah diumumkan pada Pameran Motor Frankfurt 2017 yang lalu, sekaligus membuka jalan untuk kenderaan elektrik pertama mereka yang akan dilancarkan pada 2019 sempena ulang tahun ke-60 MINI Klasik.

BACA JUGA :   Datuk Aliff Syukri Perlu Membayar Kira-Kira RM 49, 000 Kepada JPJ

bmw mini

Menerusi empat buah jenama iaitu BMW, MINI, Rolls-Royce dan BMW Motorrad, BMW Group merupakan pengeluar kereta dan motosikal premium terkemuka di dunia.

bmw mini
sumber foto : mynewshub

Bukan sekadar menjadikan model keluaran BMW Group menjadi terkenal , malah mereka ingin mewujudkan produk yang komprehensif dan komitmen dengan menggabungkan kelestarian ekologi dan alam sekitar. Menarik dan sangat bermanfaat pada dunia masa akan datang.

Sumber : MyNewsHub

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here