Kereta mewah Rolls Royce milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) malam tadi didakwa disewakan kepada seorang pelajar warganegara tempatan.

rolls royce

Menurut pembantu peribadi Aliff Syukri yang mahu dikenali sebagai AG, urusan menyewakan kereta berkenaan dikendalikan oleh seorang pegawai jutawan dan pihaknya sedang mendapatkan khidmat peguam sebelum memberikan sebarang kenyataan.

Pengasas rangkaian produk D’Herbs itu kini berada di Indonesia dan dijangka pulang ke tanah air malam ini.

rolls royce

Mereka masih belum jelas dengan apa yang sebenarnya terjadi dan buat masa ini pihak mereka sedang mendapatkan nasihat peguam sebelum membuat sebarang kenyataan.

Penyewa kereta itu merupakan seorang pelajar warganegara tempatan yang belajar di Australia tetapi sekarang berada di Malaysia kerana pulang bercuti.

Dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Bangsar, kereta berkenaan dipercayai dinaiki oleh dua warga asing yang turut diberkas oleh Jabatan Imigresen ekoran tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

rolls royce

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, pada mulanya pihaknya menahan kereta mewah itu kerana disyaki menggunakan nombor plat kenderaan yang tidak mengikut spe­sifikasi.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, cukai jalan kenderaan itu didaftarkan di Sarawak dan ia melanggar Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menipu kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor

Dalam pada itu, AG turut memaklumkan bahawa Aliff Syukri akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat selepas memperoleh maklumat terpe­rinci berhubung kes berkenaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here