Video rakaman seorang pemandu Honda Civic FD yang menukar lorong secara melulu sehingga menyebabkan sebuah keluarga ditimpa kemalangan telah kecoh menerusi media sosial.

Insiden nahas dramatik itu dirakam oleh dashcam kereta mangsa semalam di sebuah lebuh raya di ibu negara.

honda civic

Menerusi video, ia menunjukkan pemandu Civic yang berada di lorong kanan pada mulanya cuba memintas kenderaan di hadapan gara-gara hendak mengelak kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun pemandu Civic terbabit yang cuba memasuki lorong kiri dengan hanya memberikan lampu signal tidak menyedari kenderaan keluarga mangsa yang begitu rapat dengan kenderaanya.

Lantas menyebabkan pemandu terbabit dihon oleh mangsa namun ia nyata tidak memadai apabila sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang berada di hadapan mereka pula sedang bergerak perlahan.

honda civic
Gambar Hiasan

Dalam keadaan jalan yang licin, mangsa tiada pilihan selain menekan brek sekuat hati namun keretanya itu tetap melanggar kereta Kenari terbabit dan sebuah lagi kenderaan dipercayai Honda Jazz.

Pemandu Civic terbabit mengambil jalan mudah untuk terus berlalu pergi tanpa menghiraukan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan.

Video berdurasi  seminit itu mendapat perkongsian lebih 1,000 kali daripada netizen di mana rata-ratanya tidak berpuas hati dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu Civic terbabit.

honda civic
Gambar Hiasan

Namun tidak kurang juga cuba menyalahkan mangsa yang seakan tidak bertolak ansur memberi ruang kepada pemandu Civic.

Sedikit pencerahan kepada orang ramai, rakaman video dashcam ini mungkin tidak menunjukkan jarak sebenar dari pandangan mata seorang pemandu.

Hakikatnya mata seorang manusia tak sama dengan lens kamera dashcam yang bersifat lebar, ini bermakna pemandu Civic itu mungkin kelihatan jauh sahaja di dalam video namun sebenarnya kenderaan itu sangat dekat dengan kenderaan mangsa.

Langkah yang sepatutnya dilakukan oleh pemandu Civic tu adalah dengan memberi ruang kepada kereta mangsa melepasinya terlebih dahulu, barulah menyelinap dan menyusuri masuk pada laluan berkenaan.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari MalaysianDigest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here