Di Festival Indonesia 2017 yang berlangsung di Hermitage Garden, Moscow baru-baru ini, nasi goreng dan sate mendominasi jualan berbanding makanan-makanan lain.

Booth “The Ladies” yang menyajikan makanan tersebut merupakan booth yang paling banyak dilawati orang pengunjung-pengunjung Rusia. Semenjak hari pertama festival itu berlangsung, orang ramai tidak putus-putus pergi ke booth itu untuk menjamu sate dan nasi goreng yang merupakan ikon kepada juadah-juadah Indonesia.


Dapatkan Buku Best Seller PBAKL17 Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Ternyata kedua-dua makanan tersebut menjadi kegemaran kebanyakan pengunjung.

Festival yang berlangsung selama 3 hari bermula dari 4 Ogos hingga 6 Ogos itu mendapat penyertaan daripada 40 rangkaian restoran Indonesia yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Tawaran Sambung Belajar Ke Luar Negara

Acara ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Rusia dengan kerjasama daripada Kedutaan Indonesia di Rusia. Bermacam-macam juadah lain seperti mi goreng, bakso serta tauhu sumbat juga diedarkan kepada para pengunjung.

Selain daripada juadah, festival ini turut menyajikan buah-buahan tempatan yang jarang dijumpai di Rusia seperti mangga, betik dan cempedak.


Dapatkan Buku Best Seller PBAKL17 Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Lebih memeranjatkan, semua juadah nasi goreng telah habis terjual di waktu pagi setelah baru beberapa jam booth itu dibuka.

Tujuan utama festival itu dianjurkan adalah untuk menarik lebih ramai lagi penduduk Rusia melancong ke Indonesia.

Memandangkan musim sejuk di Rusia adalah sangat panjang, ini adalah masa yang tepat bagi mempromosikan Indonesia sebagai sebuah destinasi pelancongan kepada rakyat Rusia.

BACA JUGA :   Panduan Memilih Program Pengajian di Luar Negara yang Sesuai

Indonesia mensasarkan untuk menarik 108,000 pelancong Rusia ke Indonesia pada tahun ini.


Sumber : Pesona Indonesia, The Jakarta Post

Facebook Comments

1 COMMENT

Comments are closed.