Rasa Geram Bila Dengar Bunyi Orang Mengunyah, Anda Mungkin Mengalami Gangguan Psikiatri

137

Pernah tak anda dengar orang di sekeliling makan makanan kemudian kunyah dengan bunyi yang sangat bising. Mesti pernah, bukan ?

Jika anda rasa ianya menjengkelkan dan tidak selesa dengan bunyi tersebut, anda mungkin mengalami masalah gangguan psikiatri.


Jom Dapatkan Buku Best Seller PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Lebih spesifik lagi, anda mempunyai masalah otak yang abnormal ataupun lebih dikenali sebagai misophonia, menurut para pengkaji daripada Newcastle University.

Apa Itu Misophonia ?

Misophonia adalah satu sindrom di mana seseorang individu itu merasa sensitif dengan bunyi yang tidak disukai.

Selain daripada bunyi mengunyah, mereka juga cenderung untuk membenci bunyi nafas yang kuat serta bunyi klik pen berulang-ulang. Penyakit ini pada asalnya mula dikenalpasti pada tahun 2001.

Sumber : ScoopWhoop

 

 

 

Menurut laporan daripada jurnal Current Biology, para saintis mendedahkan bahawa pengimbasan yang dilakukan terhadap pesakit misophonia mendapati terdapat perubahan pada aktiviti otak mereka apabila mendengar ‘bunyi-bunyi’ tersebut. Ini menunjukkan bahawa otak mereka mempunyai mekanisme pengawalan emosi yang tidak normal.

Pengawalan emosi yang tidak normal akan mendorong kepada para pesakitnya untuk mudah merasa tertekan dan mengalami kemurungan di samping memberi impak dalam hubungan dengan orang sekeliling.

Bagaimana Merawat Misophonia ?

Umumnya, tiada ubat spesifik yang boleh diambil untuk merawat misophonia. Namun, ada beberapa langkah yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesan misophonia ini di dalam kehidupan seharian anda.


Jom Dapatkan Buku Best Seller PBAKL17 Yang Lalu Dengan Harga Istimewa Hanya Di Daulah Online Bookstore!


Pastikan anda memaklumkan kepada orang yang rapat dengan anda mengenai perkara ini. Ini akan membuatkan mereka faham dengan masalah anda dan cuba untuk tidak mengeluarkan ‘bunyi-bunyi’ tersebut di depan anda.

Sumber : Hello Doctor

Apa-apapun, diharapkan mereka yang mengalami masalah ini dapat mengawal emosi dan tidak bertindak di luar kawalan.​

 


Sumber :

UNILAD

viralthread

 

Facebook Comments

Loading...