Ini Sebab Kenapa Wanita Tidak Boleh Pakai Kasut Yang Sama Setiap Hari

Kasut, tidak dapat dinafikan lagi adalah peneman setia bagi kebanyakan wanita. Tidak kiralah sama ada flats, wedges, sneakers ataupun kasut tumit tinggi, setiap wanita pasti ada sepasang kasut kegemaran yang sering menjadi pilihan untuk dipakai ketika menghadiri sesuatu acara ataupun mengunjungi sesuatu tempat.

Malah, ada di antara anda yang memakai kasut yang sama untuk beberapa hari berturut-turut.


Kunjungi Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Best-Seller #PBAKL17 Idaman Anda Di Sini!


Bagi anda yang sering memakai kasut sama setiap hari, anda harus tahu perkara ini.

Salah seorang usahawan kasut terkemuka dunia ini dapati bahawa wanita sangat tidak digalakkan untuk memakai kasut yang sama setiap hari.

Jim Kass daripada syarikat kasut Allen Edmonds menjelaskan bahawa kasut yang dipakai akan cepat rosak sekiranya dipakai setiap hari tanpa bertukar kepada kasut yang lain. Ini kerana kesan peluh daripada kaki akan masuk kedalam kasut secara berterusan.

Sumber : International Hyperhidrosis Society

Berpeluh itu sememangnya normal bagi manusia. Tetapi, anda haruslah membiarkan kesan peluh pada kasut itu kering terlebih dahulu sebelum memakainya untuk hari berikutnya.

Justeru, pemakaian kasut yang sama setiap hari dikhuatiri akan membuatkan kesan peluh di dalam kasut tidak sempat kering dan ini lama kelamaan akan mengubah bentuk kasut tersebut lalu menyebabkannya rosak.

Sumber : Dana Renee Style

Namun demikian, ada beberapa langkah yang boleh diambi sekiranya anda tidak mahu menambah koleksi kasut anda. Anda boleh gunakan shoe tree untuk memastikan kasut anda tidak berubah bentuk dan cepat kering setelah dipakai.

Shoe Tree

Diharapkan para suami bertabah sekiranya pasangan anda menggunakan alasan ini untuk berbelanja sakan membeli kasut baru.


Kunjungi Daulah Online Bookstore Dan Dapatkan Buku Best-Seller #PBAKL17 Idaman Anda Di Sini!


Sumber : Dennis Green, Business Insider

Facebook Comments

Loading...