Menetap di hotel selalunya memberikan pengalaman yang indah kepada para pengunjung. Bilik berhawa dingin yang sejuk ditambah dengan pelbagai kelengkapan pasti membuat ramai yang jatuh cinta dengan bilik hotel masing-masing.


Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!

Namun anda harus ingat, bilik-bilik hotel sering bertukar-tukar penghuninya. Anda mungkin tidak sedar bahawa bilik anda itu mungkin telah dihuni oleh beratus-ratus bahkan ribuan penghuni sebelum anda. Sejauh manakah anda yakin anda bahawa kebersihan di dalam bilik anda itu terjaga ?

Hotel

Satu pemeriksaan yang dijalankan oleh ABC News dan ahli mikrobiologi, Chuck Gerba mendapati bahawa sesetengah ruang di dalam bilik hotel cenderung menjadi lubuk kepada kuman berbanding ruangan lain, dan penemuan terbaru ini mungkin memeranjatkan anda.

Pertamanya, mereka mendapati bahawa tandas di bilik hotel mempunyai jumlah kuman yang hampir serupa dengan kebanyakan tandas di rumah. Yang lebih mengejutkan lagi, mereka turut menemui bahawa kebanyakan alat pengering rambut di hotel dipenuhi kuman dan mikroorgansima lain yang sangat banyak.

Sumber : Men’s Health

Ini menimbulkan satu persoalan sama ada penghuni-penghuni ada menggunakan alat pengering rambut itu untuk tujuan lain sehingga kebanyakan alat tersebut dipenuhi banyak kuman.


Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!

Agak sukar untuk mencari jawapan kepada persoalan itu kerana kadang-kadang ada penghuni yang terlebih kreatif menggunakan alat pengering rambut untuk tujuan yang tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Contohnya untuk tujuan memasak, mengeringkan anggota badan yang sulit dan bermacam-macam lagi.

Hotel
Sumber : Pinterest

Sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga, anda yang ingin menginap di hotel dinasihatkan untuk membawa kelengkapan anti-bakteria anda seperti sabun, tisu basah dan sebagainya.

Berhati-hati juga dengan peralatan lain seperti cadar, selimut dan remote TV kerana kuman juga banyak di situ. Akhir kata, jaga kebersihan dan bebaskan diri anda daripada bakteria!


Dapatkan Buku Idaman Anda Serendah RM3 Hanya Di Daulah Online Bookstore!
Daulah.com

Sumber :

COSMOPOLITAN

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here