Individu-individu berpengaruh di Thailand termasuklah bekas-bekas jeneral tentera dan ahli-ahli politik sedang mendesak kerajaan Thailand pimpinan General Prayuth Chan-ocha untuk mempertimbangkan cadangan pembinaan Terusan Kra di negara itu.

Ini pastinya satu khabar yang buruk buat ekonomi Malaysia khususnya.

Mari kita rungkai fakta-fakta yang perlu anda tahu berkenaan projek mega terusan ini.

Apa itu Terusan Kra ?

Terusan Kra

Projek Terusan Kra merupakan satu pelan pembinaan terusan bagi laluan perkapalan sejauh 135 km yang akan menghubungkan Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi apabila siap sepenuhnya.

Terusan Kra ini boleh diumpamakan seperti Terusan Suez di bumi Asia. Ianya akan menjadi satu laluan ‘shortcut’ yang boleh dilalui tanpa perlu merentasi Selat Melaka dan pelabuhan Singapura.

Terusan Suez

Dengan lebar 450 meter dan kedalaman 26 meter, terusan ini berupaya menjadi laluan kepada kapal-kapal minyak terbesar dunia, kapal kontena serta kapal yang membawa muatan kargo.

Terusan Kra ini akan memotong laluan di Semenanjung Malaysia kira-kira 200 km dari
utara sempadan Thailand dengan Malaysia. Ini turut menghubungkan Thailand dan Laut Andaman di garis lintang yang sama dengan pulau peranginan Phuket.

Pembinaan ini dianggarkan menelan belanja sebanyak USD 28 bilion. Walaubagaimanapun, kosnya dijangka meningkat sehingga USD 68.2 bilion.

Kelebihan Strategik Terusan Kra

Terusan Kra

Terusan Kra akan menjadi satu laluan tanpa perlu melalui Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan tersibuk di dunia.

Lebih daripada 94,000 buah kapal menggunakan laluan Selat Melaka ini setiap tahun. Dianggarkan satu per empat daripada urusan perdagangan dunia dijalankan di sana termasuklah 80% daripada urusan import minyak dan gas negara China, Jepun dan Korea Selatan.

Terusan ini dapat menjimatkan jarak yang perlu dilalui oleh kapal-kapal daripada Lautan Hindi ke Lautan Pasifik sebanyak 1,200 km ataupun dianggarkan selama 2-3 hari perjalanan.

Laluan yang lebih pendek ini juga dapat mengurangkan risiko diserang kapal-kapal lanun dan menjimatkan kos minyak dan bahan api kira-kira USD 350,000.

Pihak Mana Yang Untung ?

Dua pihak yang paling untung daripada pembinaan terusan ini adalah negara Thailand dan China khususnya.

Laluan daripada China ke Terusan Kra akan menjimatkan masa 3 hari perjalanan berbanding menggunakan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Ini secara langsung akan mengurangkan kebergantungan strategik kepada ekonomi China di laluan laut Indonesia yang menjadi sebab utama kepada pencarian koridor darat yang baru di Barat yang terkandung dalam strategi Beijing’s One belt, One Road.

Terusan baru ini juga akan menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi Thailand dan juga boleh menjadi faktor kepada peralihan kuasa ekonomi utama di Asia Tenggara.

Justeru, dianggarkan 30 peratus daripada urusan perkapalan di Selat Melaka akan berpindah ke utara untuk menggunakan Terusan Kra ini.

Kesannya kepada Pelabuhan Di Malaysia dan Singapura

Terusan Kra

Terusan Kra
Sumber : The Independent

Seperti yang diperkatakan, Terusan Kra adalah jalan pintas tanpa perlu melalui Selat Melaka dan Pelabuhan Singapura.

Kapal-kapal daripada Lautan Pasifik yang ingin ke Eropah, Timur Tengah dan Afrika tidak perlu lagi menggunakan laluan Selat Melaka. Pelabuhan Klang juga mungkin tidak lagi menjadi tempat persinggahan kapal-kapal dagang. Ini akan sedikit sebanyak menjejaskan sektor ekonomi Malaysia.

Yang paling banyak menerima tempias daripada pembinaan terusan ini pastinya Pelabuhan Singapura. Dengan jalan pintas yang menjimatkan 2-3 hari perjalanan, kapal-kapal mungkin tidak berminat lagi untuk singgah di pelabuhan tersebut.

Halangan Kepada Pembinaan Terusan Ini

Perdana Menteri Thailand, General Prayuth Chan-ocha

Antara halangan utama projek pembinaan terusan ini adalah tidak mendapat sokongan yang penuh daripada kerajaan pimpinan dan rakyat awam.

Pembinaan terusan ini harus mengelak kawasan pedalaman di sekitar gunung dan ini akan membuatkan Terusan Kra akan menjadi 58 km lebih panjang daripada pelan asal.

Terusan gergasi ini secara tidak langsung akan memisahkan wilayah Selatan Thai. Ini akan menyemarakkan lagi pemberontakan kumpulan pemisah Melayu-Muslim terhadap kerajaan Thailand.

Walaubagaimanapun, projek Terusan Kra ini masih belum mencapai kata sepakat dan pastinya memerlukan pendekatan diplomasi antara banyak pihak untuk direalisasikan.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.

Sumber :

Nikkei Asian Review
Global Construction Review
Mothership Singapore

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here