Padah Buta Akibat Smartphone

Seorang wanita di China telah mengalami buta pada sebahagian matanya, setelah sehari suntuk bermain permainan di telefon pintarnya.

Gambar sekadar hiasan

Wanita yang berusia 21 tahun bernama Wu Xiaojing itu merupakan seorang peminat tegar permainan multiplayer popular Honour of Kings. Pada hari kejadian, dia telah bermain permainan itu selama beberapa jam sebelum mendapati penglihatan mata kanannya menjadi kabur dan kemudian hilang penglihatan.

Dia dikejarkan ke hospital dan para doktor mengesahkan dia menghidap Retinal Artery Occlusion (RAO) pada mata kanannya itu.

buta
Simptom RAO

RAO ini selalunya dihidapi oleh pesakit-pesakit yang sudah tua, dan boleh mengakibatkan buta kekal. RAO terjadi apabila salah satu arteri yang menyalurkan darah ke retina tersumbat.

Walaubagaimanapun, kebanyakan pengguna media sosial di China tidak menunjukkan perasaan simpati kepada wanita itu malah mengecamnya.

BACA JUGA :   Pembinaan Terusan Kra di Thailand, Satu Tamparan Besar Buat Ekonomi Malaysia dan Singapura ?

Ini kerana ketika dia dirawat di hospital, Wu Xiaojing masih berkepit dengan telefon bimbitnya itu dan tidak menunjukkan sebarang rasa kesal dengan apa yang telah berlaku ke atas dirinya.

buta
Sumber foto : Weibo

Ketagihan Melampau

Setelah diberikan rawatan, Wu mengakui bahawa dia bermain permainan itu dengan sangat kerap. Setiap hari, dia akan bermain kira-kira 8 jam tanpa makan, minum mahupun pergi ke tandas.

BACA : Gara-gara Bertatu Pada Mata, Model Ini Menderita Mata Berlendir Ungu Serta Cacat Penglihatan 

Pada waktu cuti pula, dia akan bangun pada pukul 6 pagi dan bermain sampai pukul 4 petang. Meskipun ibu bapanya banyak kali menegurnya, tetapi Wu tetap dengan tabiatnya itu.

buta
Gambar sekadar hiasan

Menurut doktor pakar daripada Nancheng hospital, kemungkinan besar simptom RAO itu terjadi ke atasnya kerana bermain telefon bimbit secara berlebihan. Salah satu sebab lain adalah berpunca daripada penyakit kardiovaskular.

BACA JUGA :   Adakah Lambakan Pelaburan China Jadi Bukti Bahawa Negara Sedang Tergadai ?

Honour of Kings merupakan salah satu daripada permainan telefon pintar paling popular di China, dan mempunyai kira-kira 200 juta pemain.

Permainan Honour of Kings

Diharapkan kita semua dapat mengambil iktibar daripada tragedi ini dan berpada-pada lah dalam bermain permainan di telefon pintar. Janganglah terlalu ketagih sampai mengabaikan makan, minum serta pelbagai keperluan lain.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta pelbagai isu viral dari dalam dan luar negara.


Sumber :

Mashable

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here