Ada Satu Syarat yang Harus Guru Patuhi

Guru di sekolah dibenarkan mengambil bahagian dalam aktiviti politik dengan syarat mereka mendapat kebenaran daripada pihak atasan.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, guru tidak dihalang sekiranya mahu bergiat aktif dalam politik tetapi mestilah mematuhi undang-undang kementerian dan mendapat kebenaran daripada ketua jabatan untuk berbuat demikian.

Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Sumber foto : ISMAweb

Berdasarkan pekeliling, guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 boleh terlibat dalam politik. Tetapi bagi mereka yang berada dalam Gred 52 dan ke atas, dikehendaki mendapatkan kelulusan dari ketua jabatan mereka terlebih dahulu.

Guru
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto : Selangorkini

Kenyataan itu dibuat oleh beliau berhubung tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tunku Adnan Tunku Mansor yang secara terbuka menggesa golongan pendidik itu untuk menyertai UMNO.

Tengku Adnan menggesa warga pendidik untuk menyertai UMNO. Sumber foto : Astro Awani

Meskipun peraturan sudah diwujudkan, namun segalanya terserah kepada mereka sama ada ingin mematuhinya ataupun tidak.

Lebih panas lagi, ramai pihak turut menyoal adakah guru dibenarkan menyertai parti-parti politik berhaluan pembangkang seperti Pakatan Harapan, DAP dan sebagainya. Tambah Menteri Pendidikan itu lagi, sebenarnya ramai guru yang menyertai parti-parti pembangkang tetapi tidak mendapat kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.

Antara parti politik yang aktif di Malaysia. Sumber foto : Free Malaysia Today

Apa-apapun, diharapkan cikgu-cikgu diberi kebebasan untuk menyokong mana-mana parti politik yang dipilih asalkan tidak menjejaskan prestasi dan komitmen sebagai warga pendidik di sekolah. Tambahan pula, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dan golongan pendidik ini tidak sewajarnya dikongkong untuk kepentingan politik oleh mana-mana pihak.

Teruskan layari Deenamik.com dan like page FB Deenamik untuk terus dapatkan info-info terkini serta pelbagai isu viral dari dalam dan luar negara.


Sumber :

Free Malaysia Today
New Straits Times

 


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here