IKEA Tebrau Yang Terbesar di Asia Tenggara 

Gedung IKEA Tebrau, Johor Bahru secara rasminya telah diumumkan akan mula beroperasi pada 16 November 2017. IKEA cawangan Tebrau ini merupakan gedung IKEA yang pertama di buka di wilayah selatan Malaysia dan merupakan gedung IKEA yang terbesar di Asia Tenggara.

IKEA Tebrau merangkumi kawasan seluas 46,713 meter persegi dan memiliki semua ciri yang ada seperti gedung IKEA lain termasuk 54 bilik pameran bagi kelengkapan rumah. Selain itu, terdapat lebih daripada 8,000 hiasan rumah rekaan Sweden ditawarkan pada harga yang sungguh berbaloi.

IKEA Tebrau
Sumber foto : sgmytaxi
Loading...

IKEA sememangnya terkenal dengan menawarkan perabot-perabot, alatan kelengkapan rumah dengan harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi. Pendek kata, pelanggan-pelanggan pastinya akan rambang mata setiap kali berkunjung ke sini kerana terdapat sangat banyak hiasan kelengkapan rumah yang cantik dan sedap mata memandang.

BACA JUGA :   4 Restoran Terbaik Yang Wajib Dikunjungi Di Johor Bahru
IKEA Tebrau
Sumber foto : IKEA.com

Jika berkunjung ke IKEA, pasti tidak lengkap tanpa menjamu selera di restorannya. Keenakan meatball Sweden sebagai menu paling popular akan membuatkan sesiapa sahaja tidak sabar untuk menikmatinya.

Kepada pelanggan yang ingin datang ke sini, IKEA Tebrau boleh diakses menerusi Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Senai-Desaru. Nampaknya, jalan di sini lagi jammed lah jawabnya.

IKEA Tebrau

Dengan statusnya sebagai syarikat antarabangsa yang berpengalaman, kemasukan gedung IKEA di Johor ini akan menambah baik gaya hidup rakyat Johor sekaligus mendedahkan masyarakat dengan produk-produk berkualiti antarabangsa yang dijual dengan harga berpatutan.

BACA : 4 Rahsia ZARA Jana Berbilion Sales Tanpa Buat Iklan Yang Banyak

Lebih menarik, pelbagai peluang pekerjaan juga diwujudkan melalui pembukaan IKEA Terbau ini. Secara tidak langsung, ia juga dapat menyumbang kepada pembangunan awam di kawasan Tebrau khasnya dan di Johor umumnya.

BACA JUGA :   Lelaki Ditikam, Dilanggar Di Stesen Minyak Johor Bahru
IKEA Tebrau
Lebih 50 jawatan ditawarkan di IKEA. Sumber foto : IKEA.com

Untuk memohon atau mengetahui lebih lanjut tentang peluang pekerjaan di gedung cawangan baru IKEA di Johor, sila layari IKEA.my/jobs

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk terus dapatkan info-info terkini di Johor serta isu viral dalam dan luar negara.


Sumber :

The Vocket
SgMyTaxi

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here