Johor Bahru: 100 sekolah rendah dan menengah di Johor akan mendapat bantuan daripada kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf Bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar.

johor

Loading...

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Maklumat Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata “kebanyakkan sekolah di Johor terletak di kawasan pendalaman”.

“Kami akan memberi perhatian penuh terhadap 100 sekolah ini. Kebanyakannya, pelajar-pelajar ini mempunyai kesukaran untuk memahami Bahasa Inggeris” katanya selepas menutup Persidangan Bahasa Inggeris Johor 2017.

Datuk Ayub Rahmat berkata “sekolah-sekolah ini akan mendapat bantuan di bawah Program Pengembangan Bahasa Inggeris Johor (JELE). Program ini merupakan kerjasama antara Jabatan Pelajaran Negeri dan Universiti Teknologi Malaysia.

johor

Beliau berkata “kerajaan sudah memperuntukkan kira-kira RM2.36 juta daripada tahun 2010 sehingga 2017 untuk program tersebut. Program ini juga merupakan peruntukan kewangan oleh Yayasan Pelajaran Johor.

BACA JUGA :   TMJ Ingin Lepaskan Jawatan Presiden FAM Selewat-Lewatnya Pada Tahun 2019

Beliau berkata “setakat ini, program itu telah memberikan manfaat kepada kira-kira kepada 71,288 guru dan pelajar sekolah dari 1,182 sekolah di negeri ini.

“Jabatan Pelajaran Negeri juga telah melaksanakan 7 program khusus yang sesuai untuk pelajar sekolah menengah dan rendah” katanya.

Di antara program-program tersebut ialah bengkel menulis untuk guru dan pelajar, menyeragamkan modul Bahasa Inggeris seluruh negeri dan mengalakkan perbualan harian Bahasa Inggeris di sekolah selama 20 minit.

“Kami gembira melihat majority guru dan pelajar menunjukkan peningkatan dalam pengunaan Bahasa Inggeris” katanya.

Datuk Ayub Rahmat menyokong program Kementerian Pendidikan dan inisiatif mereka untuk mengembangkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Beliau menambah lagi dengan mengatakan bahawa mereka ingin pelajar menguasai Bahasa Inggeris bukan sahaja di peringat sekolah, tetapi juga akan meneruskan penguasaan terhadap bahasa tersebut pada masa akan datang. Tidak kira apabila mereka berada di alam universiti atau pekerjaan.

BACA JUGA :   Penduduk Labis Kini Boleh Menikmati Kemudahan BMJ

“Usaha kami tidak akan berhenti di sini  kerana kami mahu menghasilkan orang Johor yang bukan sahaja boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di sini, tetapi juga di luar negara dan di peringat antarabangsa” kata Datuk Ayub Rahmat.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber:

www.thestar.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here