Tiada Lagi Bekerja Lebih Masa

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad membangkitkan isu berkaitan dengan berkerja lebih masa yang melibatkan kerja-kerja fotostat akan didakwa sebanyak RM 1,3000.

Datuk Bandar
Datuk Ahmad Zaharin berkata tugas harian perlu diselesaikan dalam waktu bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang dan bukan dengan keinginan pekerja itu sendiri. Sumber foto: The Star

Ahli kakitangan yang dikemukakan berkata untuk tuntutan bulan Ogos mengatakan kerja lebih masa itu dilakukan selama 5 jam pada hari Ahad.

Datuk Ahmad Zaharin berkata majlis itu telah menolak tuntutan setelah melakukan siasatan dengan lebih mendalam.

“Saya serius dengan perkara ini dan saya percaya bahawa semua orang harus melakukan perkara yang sama kerana ini melibatkan wang rakyat” tegasnya.

Majlis Perbandaran juga telah menahan kira-kira 200 daripada 500 dakwaan pada bulan September untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata bahawa tugas harian perlu diselesaikan dalam waktu bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang dan bukan dengan keinginan pekerja itu sendiri. Beliau menegaskan bahawa mereka tidak akan melayan tuntutan tersebut tanpa kelulusan dari ketua jabatan.

“Tuntutan bekerja lebih masa memerlukan kelulusan daripada ketua jabatan terlebih dahulu, perkara ini telah dipraktikkan tetapi saya berasa hairan kerana mereka tidak mengikuti tatacara ini. Walaubagaimanapun, kami tidak akan lagi berkrompomi terhadap perkara ini” katanya.

BACA JUGA :   Air Selangor: Beberapa Kawasan Terjejas Bermula Hari Ini.

Ahli-ahli Majlis Perbandaran meluluskan keputusan Datuk Bandar untuk menghentikan pembayaran tersebut dan mengambil tindakan segera, termasuklah laporan polis.

Isu pertama yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Perbandaran, Awang Ibrahim berkata bahawa beliau menerima aduan daripada beberapa pegawai MBSA yang mengatakan tuntuan untuk bekerja lebih masa tidak dibenarkan.

Langkah menarik yang telah dicadangkan oleh majlis itu, mereka mencadangkan Pegawai Penguatkuasa perlu mengambil langkah berkaitan dengan pembongkaran pusat snuker pada masa hadapan.

Datuk Ahmad Zaharin berkata majlis itu mengalami masa yang sukar untuk menyerbu pusat-pusat snuker kerana mereka tidak dapat mengambil barang yang lebih bernilai. Hal ini menyebabkan pusat-pusat ini masih boleh beroperasi seperti biasa.

Beliau berkata bahawa jumlah yang didapati daripada pust-pusat snuker adalah sangat sedikit kerana mereka tidak dapat mendapat mengambil yang lebih bernilai.

BACA JUGA :   PERHATIAN! Ini Adalah Tempat Terbaik Di Selangor Untuk Anda Lawati

“Kami hanya boleh mengambil tongkat kiu dan bola snuker, tetapi mereka boleh membeli barangan itu dengan mudah sekali. Bagaimanapun, pemasangan meja snuker adalah sukar dan jika kami boleh merampasnya, pusat-pusat haram di Shah Alam dapat dikurangkan” katanya.

Mereka akan mengetatkan undang-undang untuk mengatasi kenaikan jumlah pilihan ubat yang tidak diluluskan dan pusat-pusat urut.

“Denda untuk penguatkuasaan dan kesalahan untuk perniagaan adalah sangat kecil, jadi mereka tidak takut untuk melanggar peraturan ini. Kami perlu mengetatkan undang-undang dan mencari langkah-langkah alternatif semasa serbuan. Kami perlu berada satu langkah kehadapan” kata Datuk Bandar itu.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber:

www.thestar.com.my

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here