Siapa kata ibu bapa dan orang dewasa saja yang mempunyai masalah untuk membuat keputusan? Sebenarnya kanak-kanak juga mempunyai masalah untuk membuat keputusan pada setiap hari. Tapi masalah kanak-kanak ni lain sikit sebab mereka sukar membuat keputusan untuk menggembirakan hati mereka sendiri.
Sukar untuk mengatakan sama ada mahu bermain game mana satu, tonton kartun apa, makan apa, baca buku mana satu, pakai baju mana satu dan banyak lagi. Semakin meningkat dewasa baru lah mereka akan menghadapi masalah buat keputusan yang membabitkan keluarga, kawan-kawan dan kehidupan masa depan.
Oleh itu, pada usia kanak-kanak ini anda perlu membantu mereka dalam membuat sesuatu keputusan. Pastikan mereka dapat buat pilihan tetapi masih dalam bimbingan anda supaya keputusan itu adalah yang terbaik.
Ikuti 5 langkah ini, untuk dijadikan panduan dalam membantu anak-anak anda membuat keputusan yang paling baik, kelak mereka dapat membuat keputusan yang tepat.
#1. Beri Masa Untuk Mereka Buat Pilihan
Apabila melihat mereka sedang cuba membuat keputusan, beri mereka peluang untuk membuat pilihan, kerana ia akan membantu membina rasa tanggungjawab dan kemahiran membuat keputusan. Jika anda memaksa mereka secara tergesa-gesa maka ia akan mengganggu dan menyebabkan pilihan dibuat tidak tepat.
Perkara paling utama adalah keputusan itu dibuat oleh kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa perlu menyediakan pilihan terbaik yang mana anda juga berasa selesa sekiranya sesuatu keputusan itu dipilih oleh anak-anak.
Selepas mereka membuat keputusan cuba tunjukkan rasa minat anda terhadap keputusan berkenaan kerana ia akan membantu menguatkan keputusan itu benar-benar penting di mata anda bagi mereka.
#2. Bercerita Tentang Keputusan Yang Patut Setiap Hari
Kanak-kanak akan menjadi lebih selesa dan lebih terbiasa sekiranya perlu membuat keputusan untuk sesuatu perkara. Apabila anda mahu pergi bersukan atau membeli belah cuba minta pendapat dari anak-anak anda, secara tidak langsung melibatkan mereka dalam membuat keputusan.
Pada masa yang sama kongsikan tentang kelebihan dan kekurangan setiap cadangan anak-anak itu. Daripada keterangan itu mereka dapat mengaplikasikan teknik tersebut dalam kehidupan seharian serta dapat menilai pilihan tersebut.
#3. Memberi Sokongan Ketika Kanak-kanak Membuat Keputusan
Perkara paling penting adalah sokongan daripada ibu bapa kerana ia menunjukkan anda sangat mengambil berat tentang keputusan dibuat anak-anak. Ketika kanak-kanak membina kemahiran berfikir untuk membuat pilihan terbaik, tunjuk ajar mereka tentang langkah-langkah membuat keputusan ini dan jelaskan kepentingan bagi setiap satu darinya;
- Kenalpasti keputusan yang ingin diambil.
- Fikirkan tentang pilihan yang disenaraikan.
- Buat penilaian bagi setiap darinya dan pilih yang terbaik.
- Cuba apply pilihan anda dalam tindakan dan teliti sama ada ia berkesan atau sebaliknya.
#4. Tanya Soalan Yang Sebenarnya Menerangkan Keputusan Bijak
Bertanya soalan terbuka yang mampu membuatkan kanak-kanak berfikir secara mendalam tentang sebab mengapa mereka perlu memilih pilihan tertentu atau yang terbaik supaya mereka juga dapat belajar bagaimana menilai dan berfikir tentang akibat daripada sesuatu keputusan.
Antara soalan yang bagus untuk ditanyakan oleh anak-anak, “apa yang membuatkan Saiful menyukai tentang perkara itu?” dan “apa yang membuat ini adalah pilihan terbaik?”.
#5. Beri Galakan Kanak-kanak Menetapkan Matlamat
Matlamat sebaiknya ditetapkan dari awal memupuk mereka mempunyai pendirian untuk mencapai sesuatu matlamat. Hal ini kerana ia mampu menggalakkan mereka merancang dan berfikir jauh ke hadapan.
Langkah ini juga membolehkan kanak-kanak memahami kaitan antara membuat keputusan dan mengambil tindakan. Selain itu, untuk mencapai sesuatu matlamat haruslah jelas, telus dan diketahui bagaimana cara untuk dikendalikan oleh kanak-kanak. Sering memberi pujian kata-kata semangat sebagai penghargaan bagi setiap kejayaan mereka dan itu mampu menyokong mereka mencapai matlamat.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com