BMJ

Bas Muafakat Johor kini boleh dinikmati oleh penduduk di daerah kawasan Labis. Ini adalah satu kemudahan dan inisiatif yang dilakukan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) dengan kerjasama Majlis Daerah Labis (MDL). Kemudahan yang disediakan ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan penduduk di daerah ini.

Pihak kerajaan negeri menyediakan 2 Buah Bas Muafakat Johor dan mula beroperasi sejak Februari lalu, laluan bas sebelum ini hanya melalui 3 laluan. Bermula dari Terminal Bas dan Teksi Labis ke Rumah Rakyat Labis, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin dan berakhir di Terminal Bas Labis, beroperasi pada hari Ahad hingga Khamis.

Laluan kedua pulak, mula beroperasi dari Terminal Bas Labis ke Taman Perling, Kolam Air dan berakhir di terminal yang sama pada hari Jumaat dan Sabtu selain ke laluan Dewan Orang Ramai Bekok Setiap hari.

BACA JUGA :   Penjawat Awam Di Johor Bakal Terima Bonus Lebih RM1,500 Daripada Kerajaan Negeri

BMJ

Operasi Bas Muafakat juga melalui tempat-tempat tumpuan utama seperti taman perumahan, institusi pendidikan, klinik kesihatan dan pejabat kerajaan di kawasan Labis.

Bas Muafakat Johor ini memberi kemudahan kepada penduduk setempat selain inisiatif kerajaan negeri menyediakan jaringan pengangkutan awam yang selesa dan mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung oleh rakyat.

BMJ

Sejak dilancarkan perkhidmatan Bas Muafakat Johor pada April 2016 lalu, jumlah pengguna hingga Februari lalu melebihi 4.8 juta dengan 78 buah bas beroperasi di 54 laluan.

Bas Muafakat Johor ini dilengkapi dengan Wifi, kamera litar tertutup (CCTV) dan juga Sistem Pengesanan Global (GPS) bagi keselesaan pengguna.

Kemudahan bas Muafakat di sini telah menamatkan penantian selama tujuh tahun penduduk di kawasan Labis yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam yang sempurna dan percuma.

BACA JUGA :   Bergaduh Dengan Teman Wanita, Lelaki Bakar Diri

BMJ

Sumber: Utusan Online

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai tempat-tempat makan menarik di Malaysia, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here