Kejadian seperti rogol dan pencabulan sering berlaku kepada kaum wanita di luar sana. Mereka adalah insan lemah, memerlukan teman-teman jika berkunjung ke sesuatu tempat dengan selamat, terutama sekali pada waktu malam.
Sungguh pun begitu, penciptaan satu alat ini akan memastikan kaum wanita kekal selamat daripada gangguan seksual. Sebagai usaha mencegah jenayah tersebut, seorang penuntut Universiti Alabama, Amerika Syarikat berhasil mencipta teknologi gelang seksual untuk keselamatan.
Teknologi gelang seksual itu dilengkapi dengan alat pemantau bagi setiap pergerakan dan perubahan yang berlaku pada tubuh pada seseorang pengguna. Jika alat tersebut mengesan suatu pergerakan dan perubahan maka isyarat bahaya akan dihantar.
Kepada siapa isyarat itu akan dihantar? Isyarat tersebut akan dihantar terus kepada pihak kecemasan termasuklah maklumat lengkap tentang lokasi si pemakainya.
Teknologi gelang seksual canggih itu akan menghubungkan kepada telefon pintar menerusi akses Bluetooth. Oleh itu, isyarat akan menghubung kepada telefon pintar dan menghantar mesej secara kepada pihak kecemasan.
Penggera dan silauan cahaya warna merah turut dilengkapkan bersama teknologi gelang seksual itu bagi membolehkan ia berfungsi menarik perhatian orang ramai yang berdekatan dengan si pemakai gelang tersebut.
Menurut penjelasan Profesor Madya, Dr. Ragib Hasan, beliau turut terlibat dalam usaha menghasilkannya. Bukan itu sahaja, gelang berkenaan juga dapat melindungi seseorang daripada serangan seksual seperti yang sering berlaku di kolej berkenaan.
Tambahan lagi, keadaan seseorang juga dapat diketahui menerusi gelang berkenaan sama ada seseorang itu sedang baring ataupun berdiri yang mana ia dilengkapi dengan teknologi Adafruit Circuit Playground, pengesan tekanan, Sistem Kedudukan Global (GPS) dan mikrofon.
Bagaimanapun, masih terdapat satu halangan besar yang akan berlaku di mana seseorang itu sukar melepaskan diri walaupun mempunyai gelang sekuriti canggih.
Apabila berlaku pergelutan antara mangsa dengan penjenayah agak sukar mendapat peluang menekan butang telefon untuk mendapatkan bantuan.
Untuk memperluaskan lagi usaha keselamatan itu, penciptaan barangan seperti kasut dan anting-anting akan dibangunkan agar ia dapat membantu memantau keselamatan orang ramai di seluruh dunia.
Sumber : MyNewsHub
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com