Sebelum memulakan perjalanan kita hendaklah membuat perancangan terlebih dahulu bagi memastikan tiada kesulitan berlaku apabila sampai ke destinasi. Ini termasuklah barang keperluan, lokasi dan tempahan hotel penginapan untuk beberapa hari.

 

Antara hal-hal berikut, kita sering mengalami masalah untuk membuat tempahan hotel pilihan. Jadi, apa yang harus dilakukan? Perjalanan jauh, kalau tempah sejurus sampai di lokasi mungkin akan kehabisan tempat dan terpaksa beralih ke tempat lain.

Don’t worry about that! Baiklah, jika anda berhadapan masalah seperti ini cuba ikuti langkah tempahan hotel dibawah agar percutian anda jadi lebih lancar dan menarik.

#1. Tempahan Terus Ke Hotel
tempahan hotel
sumber foto : NerdWallet

Gunakan telefon pintar atau komputer anda di rumah, buka laman web hotel berkenaan atau gunakan laman web tempahan hotel mudah seperti Booking.com. Rancang berapa hari ingin menginap di hotel dan tarikh bila yang anda mahu.

Anda juga boleh memilih sama ada mahu mengambil sarapan pagi atau mahu mendaftar lebih awal. Segala persoalan yang ada di dalam kepala anda, terus tanya pihak hotel berkenaan, supaya tiada salah salah faham atau ketidakjelasan berlaku antara anda dengan pihak hotel.

#2. Tempahan Khas Di Laman Yang Disediakan
tempahan hotel
sumber foto : RushFlights.com

Untuk memastikan tempahan hotel anda lebih selamat, layari laman-laman web tersedia yang dipercayai. Melalui portal tersedia itu anda boleh membuat semakan secara terus tanpa perlu sampai dahulu kemudian baru cek facilities yang disediakan oleh pihak hotel.

Selepas itu baru buat perbandingan dari pelbagai sudut seperti, keadaan, luaran, bilik, servis, makanan dan bayaran. Untuk makluman anda, tempahan ini terbahagi kepada dua iaitu secara percuma (buat tempahan sahaja) dan tempahan berbayar semasa (tempah dan terus bayar).

Terdapat juga syarikat penerbangan yang menjalin hubungan kerjasama dengan pihak hotel dan menawarkan harga lebih murah. Ini kerana, pakej murah itu secara langsung menggalakkan orang ramai memilih penerbangan dan penginapan tersebut.

 #3. Daftar Masuk
tempahan hotel
sumber foto : Country Inn & Suites

Bergerak terus ke services counter untuk memberitahu bahawa anda ada membuat tempahan hotel. Hanya perlu memberitahu nama anda jika tempahan atas talian sudah dibuat . Selepas anda memberikan nama pihak hotel akan memeriksa butiran anda dan mengesahkan identiti anda.

Bagaimana kalau saya directly ke sebuah hotel untuk buat tempahan? Jika anda berbuat demikian, pihak hotel akan membantu menyelesaikannya. Anda hanya perlu memberi maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon sebelum mendaftar masuk sebagai rekod. Kerana kebanyakan hotel masih menyediakan khidmat bayaran deposit wang tunai atau kad kredit.

#4. Waktu Beroperasi
tempahan hotel
sumber foto : Agoda

Majoriti hotel dibangunkan di kawasan-kawasan bandar ataupun kawasan tumpuan pelancong, kerana mereka tahu kawasan seperti ini sangat memerlukan hotel sebagai penginapan semalaman ataupun lebih lama.

Jika di kawasan bandar mereka akan beroperasi selama 24 jam tanpa henti, tapi sesetengah tempat ada juga yang tiada pekerja di kaunter hadapan setelah lewat malam. Oleh itu, anda perlu execise sedikit, bergerak ke arah belakang hotel untuk mencari pintu masuk dan sila berjumpa dengan penyambut tetamu sebelum membuat tempahan.

#5 Daftar Keluar
tempahan hotel
sumber foto : Pamir Times

Bagi mengelakkan anda terleka ketika berada di hotel, pastikan anda tanya tentang waktu daftar keluar sebabnya bayaran tambahan akan dikenakan apabila anda melepasi waktu daftar keluar yang telah ditetapkan oleh pihak hotel.

Oleh itu, dicadangkan kepada mereka yang sukar untuk bangun awal pastikan anda membuat makluman di kaunter dan meminta bantuan mereka membuat panggilan untuk bangun. Namun begitu, keadaan akan menyebabkan anda tergesa-gesa mengemas barang. Pastikan tiada barang ditinggalkan dan terus buat daftar keluar di services counter.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan kepada anda semua yang mempunyai plan bercuti bersama-sama keluarga tersayang ataupun dengan rakan-rakan sekerja. Selamat bercuti!

Sumber : Live Japan

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here