seniSENI tenunan kain adalah antara warisan yang masih mendapat tempat di negara ini biarpun semakin ramai generasi muda tidak lagi berminat untuk mempelajarinya. Songket antara contoh hasil tenunan yang terus menjadi pilihan dan dapat dilihat dalam kebanyakan acara tradisi serta istiadat rasmi Melayu hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu mengenai tenunan ikat limar yang suatu masa dulu juga pernah popular dalam kalangan bangsawan dan kerabat diraja di Kelantan dan Terengganu.

kain limar dihasilkan dengan cara mengikat benang sutera dengan mencelupnya dalam pewarna mengikut corak yang diinginkan sebelum benang terbabit akan dibuka semula ikatannya.

Selepas itu ia akan ditenun mengikut rekaan yang dipilih. Semasa proses tenunan, benang loseng akan disediakan dalam kek alat tenun dan benang pakan akan ditenun menerusi benang loseng terbabit.seni

Kebanyakan kain limar menggunakan teknik ikat pakan yang hanya ada di Pattani, Kelantan, Terengganu dan Palembang di Sumatera, tenunan ikat limar biasanya mempunyai motif yang hampir sama dengan songket, antaranya seperti tampuk manggis, pucuk rebung, tampuk kesemak, bunga bintang dan dada lipan.

 kain limar dikatakan mempunyai nilai tenunan yang tinggi nilainya kerana kehalusan seni pembuatan dan tenunannya. Teknik ikat yang digunakan dalam tenunan ini menghasilkan kain limar yang berkualiti tinggi dan dulu ia kebanyakannya diusahakan oleh penenun di kawasan Pantai Timur.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Menawarkan Perkhidmatan Konsultan Kepada Pelajar

Malangnya, Perang Dunia Kedua menyebabkan tenunan ini semakin dilupakan dan tidak lagi diusahakan berikutan kesukaran untuk mendapatkan bahan membuatnya.

seniMengikut sejarah dahulu, kain limar selalu digunapakai oleh Cik Siti Wan Kembang.  Permaisuri Kelantan itu dikatakan menggunakan tiga helai kain limar yang dijadikan sebagai kain sarung, kain kemban dan selendang.

kain kemban biasanya tidak bersongket manakala kain sarung limar adalah daripada bersongket yang dipakai secara melilit kain di pinggang dan dikemaskan dengan tali pinggang atau pending di bahagian tengah. Pada bahagian bahunya yang terdedah akan ditutup dengan selendang juga dari kain limar menyerlahkan lagi keanggunan permaisuri Kelantan yang terkenal itu

seni

kain limar bersongket dianggap sebagai tenunan tekstil Melayu yang mempunyai nilai tinggi dan beliau bersama pengusaha songket terkemuka di Terengganu, Wan Manang cuba untuk mengembalikan semula kegemilangan seni tenunan ini.

Namun begitu, telah banyak usaha yang telah dilakukan bagi memperkenalkan semula tenunan ikat limar ini. Selain itu, sebuah buku telah dihasilkan bertajuk  “Ikat Limar-The Ancient Malay Textile” oleh penulis, Pensyarah Kanan Tekstil Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Norwani Md Nawawi.

BACA JUGA :   Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong Berjaya Meraih Pingat Emas Negara

seni

Sepintas lalu mengenai Tenunan Ikat Limar:

Dikenali pada tahun 1610 hingga 1677 dan bila berlakunya Perang Dunia Ke-2, ia tidak lagi ditenun kerana sukar mendapat bahan. Sangat terkenal dalam kalangan bangsawan dan istana untuk acara seperti perkahwinan, kelahiran dan kematian. Penyanyi popular, Nora pernah mendendangkan lagu Selendang Limar Kain Pusaka, ditulis oleh Prof Madya Dr Norwani Md Nawasi dan suami, Abbas Alias, lagu tersebut bertujuan untuk memperkenalkan semula kain limar kepada masyarakat dan digubah oleh Allahyarham Johan Nawawi.

Semoga usaha untuk memperkenalkan kesenian ikat limar ini diteruskan oleh generasi muda akan datang. Jangan kita hapuskan warisan tradisi budaya kita.

Sumber: BH Online

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here