Sempena meraikan kejayaan Manchester City memenangi takhta Liga Perdana Inggeris musim ini, Etihad Airways berbesar hati memberikan diskaun sebanyak 40% bagi tambang perjalanan menggunakan syarikat penerbangan berkenaan.

Etihad Airways

Etihad Airways yang juga merupakan penaja utama kepada kelab bola sepak itu, memberikan diskaun bagi memudahkan para peminat bola sepak di England untuk meluangkan masa bercuti bersama keluarga setelah mengharungi musim EPL 2017/2018 yang penuh mencabar.

Etihad Airways
Manchester City mempamerkan aksi yang cukup konsisten pada musim 2017/2018.

Antara destinasi yang menjadi tumpuan ramai untuk destinasi percutian adalah dari London ke Abu Dhabi, Bangkok, Singapura, Kuala Lumpur, Mumbai dan juga Melbourne, Australia.

Kesemua tawaran-tawaran hebat ini boleh dilayari dengan lebih lanjut di laman sesawang Etihad Airways. Walaubagaimanapun, tempoh tawaran hanyalah sah untuk 72 jam sahaja dan akan tamat pada 18 April 2018.

Pasukan Manchester City bimbingan Pep Guardiola mempamerkan aksi yang begitu mantap pada musim ini dan sah dinobatkan sebagai juara meskipun masih lagi berbaki 5 perlawanan. Pasukan itu mendahului pesaing terdekat, Manchester United dengan 16 mata dan hanya tewas 2 kali setakat ini.

Etihad Airways
Pasukan bimbingan Pep Guardiola ini hanya tewas 2 kali dalam 33 perlawanan.

Apa-apapun, pastinya berita gembira daripada Etihad ini bukan sahaja menggembirakan peminat-peminat Manchester City, malah turut dapat dinikmati oleh penduduk di seluruh England.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here