Vokalis terkenal Radja terpaksa akur dengan keputusan oleh pihak penganjur yang mahu menganjak konsert pada bulan Julai nanti. Tindakan itu diambil oleh kerana pada tarikh sebenar (Mei) Malaysia akan menyaksikan PRU-14.

 

Sekiranya konsert diteruskan pada bulan Mei, masyarakat akan mengalami kesukaran untuk menghadiri konsert berkenaan. Namun, tindakan itu tidak mungkin akan memudarkan kesetiaan para peminat terhadap persembahan Radja pada Julai.

Sepatunya, kumpulan vokalis itu akan membuat persembahan pada 5 Mei ini, di StarXpo Centre, KWVC Mall. Namun terpaksa membuat perubahan bagi memberi ruang kepada tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh masyarakat Malaysia iaitu PRU-14 pada hari Rabu, 9 Mei 2018.

Salah seorang vokalis, Ian Kasela mengatakan, mereka secara terbuka menerima keputusan dibuat, disamping memberi peluang kepada kumpulan berkenaan mempromosikan lagi konsert Radja Malaikat Cinta.

radja
sumber foto : KapanLagi.com

Sekian lama tidak beraksi  dalam persembahan besar-besaran di negara Malaysia, pastinya mereka akan membuat persembahan terbaik. Mereka tidak akan menghampakan para peminat setia yang sentisa mengikuti perkembangan kumpulan Radja.

“Selepas 12 tahun tidak buat persembahan berskala besar di negara ini, pastinya kami mahu meninggalkan satu kenangan manis kepada para peminat setia kami,” ujar vokalis terkenal itu.

Konsert Radja Malaikat Cinta yang dianjurkan sempena kehadiran lagu single terbaru kumpulan itu, Malaikat Cinta yang dilancarkan di Jakarta, 19 Mac lalu.

radja
sumber foto : indeksnews

Radja membuat persembahan pada 2006, buat kali terakhir di sini. Namun, pada kali ini mereka mucul kembali dengan membawa 15 buah lagu akan didendangkan pada konsert itu, termasuklah lagu Jujur, Benci Bilang Cinta, Tulus dan Takkan Melupakanmu.

Konsert ini bakal membawa mereka bersama peminat setia untuk menyelam kerinduan selepas kali terakhir membuat persembahan bersakala besar pada 2006.

radja

Jika sebelum ini kumpulan itu terpaksa berkongsi pentas untuk membuat persembahan bersama artis-artis lain. Tapi pada kali ini, mereka sangat bersyukur kerana berpeluang menjayakan konsert sendiri, dan sudah tentu menjanjikan persembahan terbaik.

Konsert Dianjurkan Belbis Sdn Bhd dan AV Group & Symphony Music, tiket berharga antara RM85 dan RM285 boleh didapati di laman ini www.airasiaredtix.com.

Sumber : Berita Harian

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here