BBW atau Big Bad Wolf akan melancarkan projek diskaun meletop sehingga 95% kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Jika anda seorang penggemar buku boleh lah bersiap sedia untuk menyerbu kawasan jualan buku di Melaka nanti.

 

Sebelum itu, lokasi penjualan buku oleh BBW itu akan dilancarkan di sebuah Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Kalau nak serbu tu pastikan lokasi betul, jangan sampai tersalah nanti melepas peluang jadi orang pertama yang sampai.

Tapi, sempat ke saya sampai ke sana sebab saya tinggal jauh di sebelah utara? Jangan bimbang anda sentiasa mempunyai peluang besar, kerana jualan diskaun meletop ini akan dilancarkan selama satu minggu dua hari.

bbw
gambar hiasan

Bermula hari Jumaat ini, iaitu pada 27 April 2018 sehingga Ahad pada 6 Mei 2018. Bukan sekadar masa panjang ditawarkan kepada orang ramai, malah anda juga boleh menikmati harga pembelian buku serendah RM 5 per unit.

Selain itu, pihak BBW juga akan sentiasa menunggu kedatangan anda ke MITC pada bila-bila masa sahaja. Mereka akan memulakan waktu operasi pada pukul 10 pagi dan akan ditamatkan pada pukul 10 malam, setiap hari.

BBW juga menawarkan pelbagai pilihan buku untuk para pembaca daripada pelbagai peringkat usia iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa.

bbw
gambar hiasan

Jika sebelum ini, BBW melancarkan di Kuala Lumpur pada setiap tahun dan untuk tahun ini mereka kembali lagi melancarkannya di Melaka kerana mendapat permintaan tinggi daripada para penggemar buku di sana.

Dengan tawaran yang hebat, BBW juga menyediakan pelbagai pilihan buku yang akan menepati genre daripada kususasteraan, biografi, romantis, kembara, aksi, bantu diri, misteri, seni, masakan, kraf tangan, dan pelancongan serta lawak jenaka.

Para pengunjung dinasihat supaya membawa beg sendiri ketika datang ke MITC Melaka nanti, hal ini bagi memudahkan dan melancarkan lagi urusan penjualan.

bbw

Pembelian atas talian tidak disediakan, tetapi anda boleh melihat preview di laman facebook Big Bad Wolf Book di sini https://www.facebook.com/bbwbooks/

Sumber : Harian Metro

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here