Atas dasar keselamatan perkhidmatan permesejan popular Whatsapp bakal mengharamkan para pengguna mereka dibawah usia 16 tahun bermula pada bulan Mei ini. Langkah ini akan dilaksanakan di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dalam tempoh terdekat.
Peraturan Perlindungan Data Umum EU (GDPR), mula dikuatkuasakan bermula pada 25 Mei akan datang datang. Prosedur terbaru ini akan membantu orang ramai meningkatkan kawalan tentang bagaimana organisasi-organisasi menggunakan maklumat peribadi para pelanggan mereka.
Berikutan kejadian lepas, yang mana kemudahan platform whatsapp ini mendapat kritikan pelbagai netizen atas perkongsian data yang diamalkan. Oleh itu, mungkin langkah pada kali ini lebih efektif untuk memenuhi piawaian ketelusan yang diperbaharui di EU.
Bagaimanapun, sekiranya prosedur baharu itu dilaksanakan nanti, bagaimana untuk mereka mengenalpasti bahawa seseorang itu melebihi usia 16 tahun atau telah menepati syarat untuk mempuyai akaun sendiri.
Perkara ini belum dijelaskan bagaimana ia akan berfungsi dengan lebih baik dalam tempoh terdekat ini.
Buat masa ini, negara di luar kawasan EU tidak akan mengalami perubahan dan masih mengekalkan had minimum usia seseorang itu mestilah 13 tahun dan ke atas.
Jika sebelum ini, kekecohan yang menyaksikan platform facebook berhadapan dengan kritikan netizen kerana menyimpan data peribadi, oleh itu turut mengambil pendekatan yang berbeza kepada golongan muda di luar sana.
Justeru itu, platform whatsapp akan membenarkan pengguna mereka untuk memuat turun laporan terperinci tentang data yang diperoleh mereka sebagai sebahagian daripada terma perkhidmatannya yang baru.
Ini termasuklah jenama dan model peranti yang mereka gunakan, contact number dan group members serta nombor yang pernah disekat sebelumnya.
Oleh yang demikian, pengguna berusia bawah 16 tahun perlu mematuhi peraturan GDPR. Mereka ini perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaganya bagi membolehkan mereka berkongsi maklumat peribadi di platform berkenaan.
Sumber : MyNewsHub
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com