mata

Zaman kini, penggunaan kanta lekap menjadi semakin popular dan pemakaian kanta lekap telah menjadi sebahagian daripada trend, terutamanya bagi remaja. Jika dahulu, penggunaannya lebih sebagai alternatif  bagi menggantikan penggunaan cermin mata untuk menyelesaikan masalah rabun.

mata

Namun kini, kanta lekap lebih digunakan sebagai alat kosmetik yang amat digemari terutamanya remaja yang masih bersekolah kerana harganya murah dan senang diperolehi. Pelbagai warna dan corak di pasaran telah menarik minat mereka tanpa memikirkan kesan bahaya yang mungkin memudaratkan kepada diri mereka.

Permintaan yang tinggi menyebabkan kanta lekap berwarna (kosmetik) dijual tanpa kawalan oleh agen tidak berdaftar (pengamal yang tidak bertauliah). Mengikut Akta Optik 1991, kanta lekap hanya boleh dipreskripsi, didispens dan dijual oleh pengamal bertauliah yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia.

mata

Oleh itu, anda jangan mudah terpengaruh dengan kanta lekap yang dijual seperti di pasar malam, kedai runcit, pusat kecantikan dan laman sosial (dalam talian).

BACA JUGA :   Bosan Dengan Buku Teks Konservatif, Pelajar Ini Cipta Sebuah Aplikasi Buku Teks Digital

Isu mengenai kanta lekap ini, menurut Dr. Hamidah, Pakar Runding Oftalmologi, Pakar Bedah Okuloplastik Orbit Hospitar Pakar KPJ Tawakkal, pengenalan kanta lekap diberikan secara preskripsi kepada mereka yang benar-benar layak menggunakannya sahaja. Pemakaian kanta lekap dengan tujuan kosmetik juga tidak ada masalah melainkan pemakainya perlu tahu cara pemakaian dan menjaga kebersihan semasa memakainya.

Penggunaan kanta lekap kosmetik juga sama kaedahnya dengan pemakaian kanta lekap untuk tujuan rawatan. Kanta lekap jenis pakai buang dalam kategori lembut mempunyai waktu tertentu untuk dipakai oleh pengguna. Kanta lekap jenis keras pula boleh dipakai dalam jangka masa yang lebih lama tetapi meninggalkan kesan ketidakselesaan kepada mata pengguna.

BACA JUGA :   Had Umur Mengundi: Umur 18 Tahun Dah Boleh Pangkah

mata

Nasihat kepada orang ramai yang ingin memakai kanta lekap sama ada untuk gaya atau rawatan, anda perlu mendapatkan kanta lekap yang berkualiti yang hanya dijual di pusat pakar optometris, kedai optikal, farmasi atau yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan sahaja.

Kepada anda diluar sana, tak salah kalau hendak memakai kanta lekap bertujuan kosmetik atau masalah rabun. Anda hanya perlu bijak mengetahui cara-cara yang betul penggunaannya supaya tidak berlaku kemudaratan kepada anda. Sayangi mata anda dan jangan sesekali anda membeli kanta lekap tiruan dan tidak bertauliah.

mata

SUMBER: MyHEALTH

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here