Seorang lelaki berusia 46 tahun telah ditahan dan menjadi pesalah pertama yang didakwa di bawah Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018, sejak akta itu dikuatkuasakan kira-kira sebulan yang lalu.

 

Salah Salem Sulaiman didapati bersalah kerana memuat naik satu video berunsur fitnah keatas polis Malaysia di laman YouTube. Di dalam video itu, dia mengatakan bahawa polis Malaysia mengambil masa 50 minit untuk bertindak setelah panggilan kecemasan dibuat susulan kes pembunuhan anggota Hamas, Fadi al-Batsh di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hakikatnya, perkara itu adalah tidak benar kerana pihak polis hanya mengambil masa 8 minit, seperti yang dilaporkan Ketua Polis Negara iaitu Mohamad Fuzi Harun.

Akta Anti-Berita Tidak Benar
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, Kredit foto : STR/Kamarul Izzat Rahim

Justeru, Sulaiman didakwa kerana sengaja mengemukakan berita yang tidak benar dengan niat jahat. Semasa sesi perbicaraan, dia juga mengaku bersalah dan meminta maaf kerana memuat naik video itu di dalam keadaan emosinya yang sedang marah.

BACA JUGA :   Pas Tidak Takut. Sedia Bekerjasama Dengan SPRM.

Di bawah Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018, individu yang didapati bersalah boleh dihukum penjara 6 tahun dan denda mencecah RM500,000. Bagaimanapun, Sulaiman hanya didenda sebanyak RM10,000. Oleh sebab tidak dapat membayar denda yang dikemukakan, dia memilih untuk dipenjara selama sebulan.

Akta Anti-Berita Tidak Benar
Sulaiman mendakwa PDRM mengambil masa 50 minit untuk bertindak susulan kes pembunuhan Fadi al-Batsh

Malaysia adalah antara negara pertama di dunia yang meluluskan undang-undang berkenaan berita palsu ataupun tidak benar. Di bawah undang-udang itu, sebarang kandungan berita, video, audio dan juga tulisan di media sosial yang didapati tidak benar dan berunsur fitnah akan didakwa.

Undang-undang itu juga boleh dikenakan kepada warga asing sekiranya kandungan berita palsu itu melibatkan rakyat Malaysia.

Walaupun tujuan undang-undang itu dikuatkuasakan adalah bagus, namun ramai pihak khuatir sekiranya akta itu digunakan untuk menyembunyikan salah laku dalam politik. Misalnya di dalam skandal 1MDB yang melibatkan Najib Razak, segala info yang dikeluarkan oleh The Wall Street Journal boleh dianggap sebagai berita palsu selagi mana ianya tidak disahkan oleh pihak berkuasa di Malaysia.

BACA JUGA :   Najib Akui Barangan Kemas Yang Dirampas Adalah Hadiah Dari ‘Pak Arab’
Akta Anti-Berita Tidak Benar
Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here