Pertumbuhan ekonomi China seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, sedikit sebanyak telah menjejaskan kepentingan Amerika Syarikat. Keadaan itu menyebabkan aktiviti perdagangan kedua-dua negara ini menjadi tegang, hingga mencetuskan satu fenomena yang dipanggil sebagai perang dagang ataupun ‘Trade War’.

Sebelum ini Amerika Syarikat (US) dibawah pimpinan Presiden Donald Trump menggunakan strategi dengan menyiapkan kenaikan kadar tarif bagi produk import dan fokus utama Trump iaitu sektor teknologi.

Impak kenaikan tarif bagi produk eksport teknologi China tentunya mendapat satu pukulan hebat terhadap pertumbuhan sektor industri negara itu.

Namun begitu, China tidak hanya melihat, sebaliknya bertindak mengenakan tarif tinggi terhadap import AS sehingga 25 peratus keatas 128 produk import dari negara berkenaan. Tindakan kencang diberikan sebagai tindak balas cukai import ke atas aluminium dan keluli yang dikenakan AS.

BACA JUGA :   Donald Trump Bakal Memindahkan Kedutaan AS Ke Baitulmaqdis?

Tetapi hari ini kerajaan kedua-dua negara gergasi itu mencapai kata putus untuk menamatkan aksi perang dagangan dan mengelak daripada mengenakan kadar cukai terhadap antara satu sama lain.

“Kedua-dua pihak mencapai kata persetujuan untuk mengelak perang dagangan dan berhenti meningkatkan tarif terhadap satu sama lain.

“Penyelesaian masalah struktur ekonomi dan hubungan dua hala negara memerlukan masa,” ujar Naib Menteri China, Liu He menerusi sebuah agensi media Xinhua.

Presiden Donald Trump seringkali membidas defisit atau kekurangan pendapatan dagangan dengan China dan menyatakan bahawa ia sebagai ancaman merbahaya kepada keselamatan ekonomi Amerika Syarikat.

Berikutan itu, AS bertindak mengancam kerajaan  China dengan mengenakan kadar cukai tinggi keatas berbilion dollar produk dari negara berkenaan.

BACA JUGA :   Pemindahan Kedutaan AS Ke Jerusalem Pada Mei Tidak Akan Dilewatkan

Ekonomi AS pada tahun lalu dilihat berlaku defisit sebanyak AS$375.2 bilion (RM1.49 trillion) dengan China. Ahli politik populis menyalahkan kuasa ekonomi asia itu kerana menjejaskan peluang pekerjaan penduduk AS, sejak beberapa tahun dahulu.

Washington, ibu kota Amerika Syarikat, menuntut atas defisit itu dikurangkan kepada sekurang-kurangnya AS$200 bilion (RM 794.40 bilion) menjelang tahun 2020. Bagaimanapun, kenyataan itu belum dapat dipastikan samada China bersetuju dengan sasaran itu ataupun tidak.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here