Sumber foto : CNN.com

Setelah Korea Utara menghujani Jepun dengan pelancaran peluru berpandu pada awal Selasa, negara matahari terbit itu nampaknya seperti sudah tiada pilihan. Jepun terpaksa menggagalkan segala aktiviti pelancaran peluru berpandu Korea Utara, jika tidak, Jepun akan terus hidup dalam ketakutan provokasi negara yang dipimpin oleh Kim Jong Un itu.

Pembangunan peluru berpandu Korea Utara sudah mencapai satu tahap di mana ianya tidak lagi boleh melancarkan serangan yang menyasarkan ke arah langit seperti sebelum-sebelum ini. Untuk menjadi lebih maju dan canggih, Korea Utara harus mula menguji peluru berpandu jarak jauh untuk melepasi laluan yang realistik.

Pelancaran peluru berpandu Hwasong-12. Sumber foto : Business Insider
Peluru berpandu adalah dari jenis Hwasong-12. Sumber foto : The Guardian

Dari sudut geografinya, negara-negara jiran Korea Utara adalah adalah tempat yang sesuai bagi Kim Jong Un menguji kemampuan peluru berpandunya itu.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


“Peluru berpandu yang dilancarkan itu terbang melintasi wilayah kami. Provokasi sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini dan ianya memberi ancaman kepada Jepun”, kata jurucakap kerajaan Jepun kepada Reuters.

“Kami akan mencuba sedaya upaya untuk melindungi nyawa rakyat kami”, tambah Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Pelancaran peluru berpandu terbaru ini bukan sahaja satu langkah Korea Utara untuk mengugut keselamatan orang Jepun, malah juga merupakan satu bentuk provokasi langsung kepada kekuatan tentera Jepun.

US dan Korea Selatan kini sedang mengadakan latihan ketenteraan. Pada masa yang sama, Jepun dan US juga baru sahaja tamat menjalankan Northern Viper, satu bentuk latihan ketenteraan yang dibentuk oleh mereka. Baru-baru ini, Jepun turut selesai menjalankan ujian sistem pertahanan peluru berpandu Patriot Advanced Capability III, menurut laporan daripada New York Times.

Latihan ketenteraan Northern Viper bagi tentera US dan Jepun.

Berita ini pastinya membuat Kim Jong Un tidak senang duduk. Ujian peluru berpandu yang dilakukan di Jepun boleh dikatakan laungan amaran daripada Kim Jong Un supaya Jepun jangan cuba masuk campur dalam urusan nuklear Korea Utara dan rejim diktator yang dipimpinnya.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Sistem pertahanan laut Jepun dilengkapi dengan sistem yang mampu memusnahkan peluru berpandu yang dilancarkan di udara, menggunakan teknologi SM-3. Dengan keberadaan kapal di lokasi yang tepat pada masanya, Jepun akan mampu memotong peluru berpandu Korea Utara.

Teknologi SM-3 yang digunakan untuk menggagalkan peluru berpandu di udara.

Ini sekaligus akan menghalang Pyongyang daripada mengumpulkan data daripada pelancaran di tahap seterusnya.

Yang lebih penting lagi,  menggagalkan ujian peluru berpandu Korea Utara akan memberikan mesej bahawa Jepun tidak akan berdiam diri di atas provokasi yang dilakukan Kim Jong Un.


Beli buku idaman anda dengan harga serendah RM3 hanya di Daulah Online Bookstore


 

Sumber :

Business Insider 

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here