Selepas mengalami kecederaan pada saingan akhir Liga Juara-juara ketika menentang Real Madrid, Mo Salah akan meneruskan perjalanan ke Sepanyol bagi melakukan rawatan pada bahagian bahu beliau.

Mo Salah diasak oleh ketua pasukan Real madrid, Sergio Ramos menyebabkan beliau mengalami kecederaan dan terpaksa meninggalkan padang pada minit ke-30 dengan tangisan.

Walaupun mengalami kecederaan Mo Salah tidak berputus asa untuk beraksi pada saingan Piala Dunia yang akan bermula pada bulan Jun ini.

Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) berkata Salah telah telah memilih negara Sepanyol untuk menjalani sesi rawatannya yang diharapkan dapat membantu beliau supaya cepat sembuh dan bertepatan dengan jangkaan untuk ke saingan Piala Dunia di Rusia.

Bagaimanapun, dalam proses rawatan itu Salah akan diiringi oleh pasukan perubatan pasukan Liverpool sehingga proses itu selesai dijalankan nanti. Malah pasukan itu juga telah memulakan rawatan sejak Ahad lalu setelah kecederaan menimpa bintang Reds itu.

BACA JUGA :   Peminat Liverpool Sedia Peluk Islam Kerana Mohamed Salah

Mo Salah, menerusi Twitter meluahkan bahawa malam perlawanan itu adalah sangat mencabar, tetapi mengingatkan diri sebagai seorang pejuang dan harus kuat. Beliau turut mengatakan di sebalik kesukaran itu pastinya dia akan berada di Rusia dan membuatkan penyokongnya bangga.

“Ia merupakan suatu yang sangat mencabar tetapi saya seorang pejuang. Di sebalik kesukaran ini, saya yakin akan berada di Rusia untuk membuatkan anda berasa bangga,” ujarnya di laman Twitter.

Menurut media Mesir Mo Salah tidak akan beraksi dalam tempoh tiga minggu sementara masih dalam proses penyembuhan sepenuhnya.

Dalam siangan Piala Dunia kali ini, Mesir diundi berada dalam kumpulan A dan akan memulakan kempen menentang Uruguay pada 15 Jun 2018 (Jumaat). Selepas itu pasukan Mesir akan menentang tuan rumah Rusia, kemudian Arab Saudi.

BACA JUGA :   Peminat Liverpool Sedia Peluk Islam Kerana Mohamed Salah

Adakah Mesir mampu menewaskan pasukan lawan tanpa Mo Salah? Dan adakah Mo Salah mampu memulakan aksi cemerlangnya sebaik sahaja kembali dari Sepanyol nanti?

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here