Semalam, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mengumumkan mahu mewujudkan kereta nasional baharu ekoran jenama keluaran Proton bukan lagi menjadi kereta nasional negara.
Projek kereta nasional baharu itu bakal dimulakan dengan kerjasama negara serantau lain. Untuk rekod, Proton kini bukan lagi kereta nasional setelah sebahagian besar saham syarikat terbabit dimiliki oleh Syarikat Geely dari China.
Oleh itu,Tun M berhasrat untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional kerana melihat kepada potensi untuk pembangunan industri baharu di Malaysia ini. Selain itu, pelabur asing juga dapat menjalinkan kerjasama dengan Malaysia.
Beliau melihat bahawa Thailand dan Jepun adalah negara serantau dan memiliki kepakaran dalam pembuatan kenderaan.
Projek kereta kasional ini mungkin perlu mengharapkan kerjasama dari luar untuk permulaan, namun lambat laun kita akan berharap kepada pekerja tempatan sendiri untuk menguasai teknologi yang diguna pakai.
Sebanyak 49.9 peratus saham Proton telah dijual kepada Geely tahun lepas ketika pentadbiran di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Selebihnya, 50.1 peratus saham adalah milik taikun Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
Dengan kenyataan daripada Tun M semalam, timbul pelbagai reaksi netizen di luar sana, terutamanya luahan di media sosial. Ada yang menyokong dan tidak kurang ada yang menentang hasrat kerajaan.
Rata-rata rakyat di luar sana tidak bersetuju dan mereka mahukan Tun M memberi fokus terlebih dahulu kepada pengangkutan awam kerana ia lebih memberi manfaat kepada masyarakat.
Kos peruntukan bagi projek kereta nasional sepatutnya digunakan bagi mempertingkatkan kemudahan awam negara, seperti meneruskan projek-projek yang dibatalkannya sebelum ini. Projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan 3 atau laluan MRT lingkaran dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura yang dibatalkan awal bulan ini.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.