Piala Dunia Buat Kali Pertama Untuk Malaysia ?

Impian untuk menyaksikan Malaysia menjadi hos acara bola sepak paling berprestij di dunia iaitu Piala Dunia FIFA berkemungkinan besar menjadi kenyataan, apabila Malaysia dan tiga negara Asean lain dijangka membida untuk penganjuran tersebut.

Tiga negara berkenaan termasuklah Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Tahun 2034 boleh disifatkan sebagai tahun di mana rantau Asia Tenggara sudah bersedia sepenuhnya dari segi kredibiliti dan fasiliti. Jika dilihat sebelum ini, tidak banyak negara Asia yang diberikan peluang untuk menjadi tuan rumah.

Kali terakhir negara Asia menjadi hos adalah pada Piala Dunia edisi 2002 yang dianjurkan di Korea dan Jepun.

Justeru, jalinan kerjasama di antara 4 negara Asean ini dijangka mampu membuka mata FIFA untuk memberikan hak penganjuran di rantau Asia Tenggara buat kali pertama.

BACA JUGA :   Anugerah Kasut Emas Hanyalah Sekadar Semburan Emas. Memalukan.
Kali terakhir negara Asia menjadi tuan rumah Piala Dunia adalah pada tahun 2002.

Melalui kekuatan dan kesepakatan yang dikongsi bersama, sudah tentunya Piala Dunia edisi 2034 nanti akan menjadi edisi yang paling dikenang dalam sejarah.

Penganjuran bersama melibatkan beberapa buah negara semakin ‘digemari’ oleh FIFA sejak kebelakangan ini. Ini terbukti apabila bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 dimenangi oleh gabungan negara USA, Mexico dan Kanada.

Persiapan Yang Harus Dilakukan

Dari segi kesediaan, harus diakui bahawa infrastruktur dan kekuatan pasukan Asean perlu dipersiapkan lebih rapi dalam masa akan datang.

Bukan itu sahaja, slot stadium di Malaysia juga perlu ditambah khususnya. Buat masa sekarang, hanya ada 12 stadium dan slot perlu ditambah kepada 44 stadium.

BACA JUGA :   FAM Tidak Izinkan TMJ Letak Jawatan Selagi Beliau Tidak Melakukan Perkara Ini...
Stadium Nasional Bukit Jalil berpotensi menjadi venue untuk perlawanan akhir Piala Dunia nanti.

Tetapi memandangkan penganjuran nanti bakal melibatkan beberapa buah negara, mungkin slot stadium hanya perlu ditingkatkan kepada 18 sahaja. Slot-slot lain boleh dibincangkan dengan tiga negara terbabit.

Apa-apapun, segala rancangan pembidaan ini masih berada di peringkat awal dan memerlukan lebih banyak perbincangan, terutamanya di Kongres Tahunan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sememangnya sudah bersedia, namun masih menunggu negara-negara Asean lain untuk menunjukkan minat.

Jadi, apa pendapat anda ? Adakah anda mahu Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia edisi 2034 nanti ? Kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here