Home Travel Ketahui Password WiFi Lapangan-lapangan Terbang Di Seluruh Dunia

Ketahui Password WiFi Lapangan-lapangan Terbang Di Seluruh Dunia

1257
1

Tidak dinafikan, internet memainkan peranan yang cukup penting pada masa kini. Di mana-mana sahaja, internet ataupun WiFi  sudah menjadi satu keperluan hidup selain makanan dan pakaian. Tambah lagi, sekiranya anda berada di satu tempat yang nun jauh daripada negara sendiri.

Boleh dikatakan soalan yang paling banyak ditanya kepada staff di lapangan terbang adalah, “Apa password wifi ?”. Ya, ini adalah soalan wajib.

WiFi
Sumber foto : Walkbase

Sementara menunggu flight, pastinya telefon bimbit menjadi peneman setia anda. Gajet sebesar tapak tangan itu lah medium untuk anda mendapatkan sedikit hiburan dan berhubung dengan insan tercinta melalui pelbagai aplikasi.


Kunjungi Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Harga Buku Terendah Di Malaysia!

WiFi

Tidak kurang juga, ada yang ingin post status ‘check-in‘ di media-media sosial. Ada yang ingin berkongsi dan upload gambar di lapangan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga di dalam Whatsapp, Telegram dan sebagainya.

BACA JUGA :   Menu Indonesia di Rusia

WiFi

Pendek kata, segala-galanya memerlukan internet. Tanpa internet, pasti anda akan rasa bosan gila duduk di lapangan terbang berjam-jam menunggu flight anda. Anda boleh memilih untuk roaming atau dapatkan simkad tempatan sewaktu di luar negara. Tetapi kami ingin beritahu anda bahawa boleh mendapat akses internet percuma sebaik sahaja anda tiba di lapangan terbang di luar negara.

Di sini kami berikan satu pautan Google Maps yang memaparkan password WiFi bagi kebanyakan lapangan terbang di seluruh dunia. Semoga informasi ini akan dapat memudahkan anda semua terutamanya yang suka travel dan makan angin ke luar negara.

Jangan lupa kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda. KLIK LINK DI BAWAH

BACA JUGA :   Solo Travel: A Journey of Self-Discovery
Password WiFi Lapangan Terbang 

Facebook Comments

1 COMMENT

Comments are closed.

error: Content is protected !!