Menghabiskan masa kira-kira 7 atau 8 jam di tempat kerja sememangya membosankan. Kadang-kala otak juga menjadi tepu kerana asyik bertemu klien, menghadap dokumen dan bermacam-macam lagi. Masa lapang ketika waktu rehat dan pulang dari kerja semestinya menjadi detik yang paling ditunggu-tunggu.
Bagi seorang jururawat wanita bernama Kimberly Joy Mallo Magbanua, masa lapangnya kerap dihabiskan dengan menghasilkan lukisan kreatif. Yang uniknya, lukisan Kimberly dihasilkan bukan dengan menggunakan berus tetapi picagari. Ya, picagari yang selalu membuatkan orang lari lintang pukang kerana takut untuk menerima suntikan.
Idea untuk melukis menggunakan picagari ini tercetus setelah Kimberly seringkali memberikan suntikan ubat-ubatan kepada para pesakitnya. Pada satu hari dia terfikir, jika dia boleh menyuntik ubat untuk merawat pesakit, mengapa tidak dia suntikkan warna ke dalam kehidupan untuk menjadikannya lebih ceria.
Bermula daripada itu, tercetuslah idea untuk menghasilkan lukisan yang diberi nama ‘Seni Suntikan’.
Ini adalah lukisan-lukisan kreatif yang dihasilkan oleh jururawat berbakat ini. Sungguh cantik dan memukau lukisannya.
“Nishikigoi”
“Pajaros del Amor”
“Red Riding Hood”
“Kristo”
“Hesukristo”
“Loro”
Tenyata, Kimberly memang mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan sangat berbakat dalam melukis. Bukan semua orang mampu melukis apatah lagi dengan menggunakan picagari.
Untuk melihat lukisan-lukisan seterusnya daripada Kimberly, anda boleh layari laman FB beliau di sini. Semoga lukisan-lukisan daripada picagari ini akan dapat memberi ilham kepada pelukis-pelukis di luar sana untuk lebih kreatif dalam menghasilkan lukisan.
Sumber :