Tradisi kuno “Amalan Chhaupadi masih lagi di jalankan di Nepal. Amalan Chhaupadi ialah tradisi di mana perempuan yang mengalami menstruasi atau haid akan di asingkan sama ada di pondok, bangsal atau kandang lembu. Tradisi ini dilihat memudaratkan jika sesuatu komuniti itu terlalu taksub untuk mengaplikasikan kaedah yang diamalkan sejak turun-temurun sehingga meyebabkan kematian.

Wanita yang datang haid atau yang baru melahirkan dilihat sebagai ‘tidak suci’ atau ‘pembawa nasib buruk’. Mereka dilarang menyentuh lembu dan lelaki, serta dihalang daripada menggunakan tandas. Mereka akan diasingkan ke ‘pondok haid’ itu sehingga habis tempoh.

Gauri Bayak, 21, ditemui mati oleh jirannya di dalam pondok yang dipenuhi asap di sebuah kampung di daerah Achham.  Kematian nya disyaki berpunca daripada terhidu banyak asap ketika dalam pondok.

BACA JUGA :   Kecoh kejadian di Jambatan Pulau Pinang lagi, seorang lelaki cuba bunuh diri

Sepanjang tempoh itu dia dilarang untuk berjumpa sesiapa kerana risau keluarga akan ditimpa malapetaka. Hal itu menyebabkan dia tidak dihiraukan dan diberi makanan yang sikit.

Ada juga sesetengah gadis yang takut untuk mengaku yang mereka datang haid kerana terlalu banyak berita tentang penculikan semasa tinggal dalam pondok “haid”. Terdapat juga kes kematian disebabkan mati lemas dengan asap yang dibakar dalam pondok “haid” untuk memanaskan badan serta mati kerana dipatuk ular.

Oleh itu, Nepal telah meluluskan undang-undang baru terhadap keluarga yang masih mengamalkan tradisi itu akan dikenakan denda iaitu tiga bulan penjara dan denda 3,000 rupee (RM 120)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here