Wi-Fi secara percuma atau jalur lebar tanpa wayar telah dilancarkan oleh Kerajaan Kelantan. 10 lokasi tumpuan sekitar Kota Bharu telah terpilih.
Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob, pembangunan kemudahan itu bernilai RM225 000 itu disediakan melalui khidmat sosial Infra Quest Sdn Bhd. Sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Pelaksanaan wifi percuma ini adalah salah satu pelan induk untuk pembangunan negeri Kelantan. Hal ini untuk memastikan negeri Kelantan bergerak selaras dengan teknologi digital. Antara salah satu janji dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
Kemudahan ini digunakan sepenuh adalah untuk kebaikan rakyat Kelantan. Semasa majlis perasmian turut hadir bersama ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Kerajaan negeri Kelantan telah menepati janji yang telah dikemukakan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 dengan mewujudkan kemudahan Wi-Fi yang percuma. Merupakan satu janji dalam manifesto PRU14 lalu. Pemasangan ini telah melibatkan kos lebih daripada RM222 000 dan kos penyelenggaraan tahunan ialah RM110 000. Mutu jalur lebar dapat ditingkatkan dan digunakan untuk kebaikan.
Wi-Fi percuma ini telah disediakan di 10 kawasan sekitar Kota Bharu antaranya di Medan Ilmu, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu, Bulatan Jam Besar dan Dataran Cheng Ho. Turut menandatangani memorandum kerjasama (MoIC) antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Telekom Malaysia Berhad.
Wi-Fi yang disediakan juga tidak mempunyai sebarag sekatan atau tapisan akses. Iman dan takwa sahaja akan menjadi pegangan setiap pengguna maya. Lembaga tapisan tidak akan ada untuk menapis semua sesawang yang akan dimasuki netizen.
Dalam pada masa yang sama, melalui Jawatankuasa Teknologi Hijau telah menumbuhkan satu Jawatankuasa khas melibatkan aspek ekonomi, sosial dana lam sekitar. Jawatakuasa ini telah merancang kewujudan Green City dan Smart City di empat bandar iaitu Kota Bharu, Tunjong, Tok Bali dan Lojing.