Tol akan dihapuskan adalah salah satu janji Pakatan Harapan kepada rakyat. Sehingga kini belum ada pengumuman rasmi untuk penutupan itu.

Rakyat masih ternanti-nanti dengan salah satu janji ini. Tutup atau tidak ditutup itu sepenuhnya bergantung kepada keputusan kerajaan. Namun, sebagai rakyat sudah pasti berharap janji itu ditepati.

3kw65k99 o

Menurut Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad rakyat tetap membayar kos membabitkan pemansuhan itu. Kerajaan perlu membeli kepentingan dalam konsesi lebuh raya menggunakan cukai yang dikutip daripada rakyat.

Rakyat yang membayar cukai cuma ia dibayar melalui kerajaan. Ia akan menyebabkan kerajaan kekurangan dana untuk membiayai projek pembangunan lain yang diperlukan rakyat.

Cgljfua3 o

“Ya… lah, kecaman rakyat memang akan datang bila kita tidak hapuskan tol, tetapi rakyat mesti faham, walaupun mereka tidak bayar tetapi kerajaan kena bayar.

BACA JUGA :   KADAR TARIF AIR DJANGKA NAIK

“Kerajaan bayar tol daripada duit yang dikutip daripada rakyat. Akhirnya rakyat membayar, walaupun melalui kerajaan.

“Kerajaan perlu beli highway (lebuh raya) guna duit siapa? Duit daripada cukai yang dikutip daripada rakyat.

“Kemudian jalan mesti diperbaiki sepanjang masa. Itu juga kena dibelanja oleh kerajaan, tidak lagi oleh syarikat konsesi. (Sumber: Metro)

8bohxnhk o

Kritikan dan kecaman masyarakat terhadap kerajaan semakin menjadi-jadi apabila masih tiada lagi pengumuman rasmi berkenaan pemansuhan tol. Lebih memburukan keadaan apabila pengumuman kerajaan mengenai mekanisma baharu kutipan tol lebuh raya.

Caj kesesakan diperkenalkan pada waktu puncak selama enam sejam sehari. Caj kesesakan akan dikenakan caj sama dengan kadar tol sedia ada waktu puncak. Waktu luar puncak antara jam 11 malam hingga 5.00 pagi percuma.

BACA JUGA :   Isu Hangat Sekitar PRK Cameron Highlands

Re8poay4 o

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini dalam satu kenyataan dipetik berkata, proses pengambilalihan itu membabitkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Ramai yang mengkritik caj berkenaan, kerajaan sebenarnya menawarkan kadar murah kerana tidak ramai menggunakan kemudahan itu di luar waktu puncak. Pengguna akan memilih waktu sedemikian untuk memulakan perjalanan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here