Ambulans Langgar Kereta Anda, Apa Perlu Buat ?

Sudah menjadi kebiasaan buat kita para pemandu di Malaysia untuk memberikan laluan kecemasan kepada ambulans sebaik sahaja bunyi siren mereka kedengaran. Tetapi, sekiranya sesebuah van ambulans memecut laju dan melanggar kereta anda, bolehkah anda menuntut bayaran insuran daripada ambulans tersebut ?

Baru-baru ini, isu ini menjadi gempar apabila sebuah kereta Perodua Myvi dilanggar oleh sebuah ambulans di Kuala Lumpur. Akibatnya, bahagian belakang kereta itu hancur dan bumper menjad kemik. Jika dilihat, kos untuk membaikinya memang agak tinggi.

ambulans dan myvi

Yang paling mengejutkan, pemandu ambulans tersebut dengan beraninya menghampiri pemandu Myvi itu dan mengatakan bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan keretanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Xiao Lui itu kemudiannya menulis status di Facebook bagi mendapatkan nasihat orang ramai berhubung kejadian yang berlaku ke atas dirinya.

BACA JUGA :   Pemandu Maut Dilanggar Pemandu Myvi Positif Dadah

Menurut Xiao Lui, kejadian itu berlaku ketika di simpang. Lampu isyarat bertukar merah dan dia memberhentikan keretanya. Secara tiba-tiba, ambulans yang dipandu laju dari belakang merempuh keretanya.

ambulans
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto : Sinar Harian

“Pemandu ambulan itu memberitahu saya bahawa menuntut insurans daripada pihak mereka adalah mustahil, kerana mereka akan memberikan alasan bahawa mereka sudah membunyikan siren dan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit”

“Mereka juga mendakwa perlanggaran itu adalah salah saya kerana kereta saya menghalang laluan mereka walaupun lampu isyarat merah pada ketika itu”, tulisnya di Facebook.

Jawapan Daripada Ketua Polis Trafik

Sehubungan dengan itu, pihak polis tampil memberikan kenyataan berhubung masalah untuk menuntut insuran itu;

“Ramai pemandu merasakan sekiranya kenderaan mereka dilanggar ambulans, itu adalah salah diri mereka sendiri. Tetapi perkara itu adalah tidak betul”, ujar Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, DSP Shafie Daud.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Mengambil Insurans Perjalanan Semasa Melancong

“Apabila dilanggar oleh ambulan, pemandu masih boleh membuat laporan dan pihak polis akan menyiasat perkara tersebut”, tambahnya lagi.

ambulans
Sumber foto : Utusan

Di samping itu, pihak polis juga menasihatkan pemandu ambulans yang bertugas supaya berhati-hati dan memandu perlahan ketika membelok di simpang dan juga ketika lampu merah. Jika tidak, kemalangan yang berlaku akibat kecuaian mereka akan dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Apa pendapat anda berhubung isu ini ? Pernahkah anda berada dalam situasi tersebut ? Berikan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini dan isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

World of Buzz

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here