Smatphone Jadi Punca

Penyelidikan terkini menyatakan bahawa golongan remaja zaman kini mempunyai kitaran tidur yang kurang dari kebiasaannya. Hal ini menyebabkan remaja zaman kini berpotensi untuk merosakkan kesihatan fizikal dan mental mereka.

Perkara ini tidak mengejutkan sesetengah pihak kerana berdasarkan penyelidik dari Universiti San Diego, penurunan kadar kitaran tidur remaja zaman kini berkait dengan teknologi. Mereka sanggup mengorbankan masa tidur mereka untuk bermain telefon pintar dan melayari internet.

Loading...

Kebanyakan pakar tidur bersetuju bahawa remaja memerlukan 9 jam untuk tidur pada setiap malam untuk menjadi seorang yang produktif, remaja yang tidur kurang dari 7 jam dikira tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi. Walaubagaimanapun, kita dapat lihat bahawa kebanyakan pelajar dari setiap negara mempunyai tidur yang kurang cukup, tetapi hal ini masih lagi tidak berapa jelas sama ada ianya berkait dengan kitaran tidur yang lewat.

remaja

Jean Twenge, seorang profesor psikologi di Universiti San Diego bersama dengan psikologi Zlatan Krizan dan seorang graduan, Garrett Hisler – mengkaji dan membandingkan kitaran pelajar yang tidur pada generasi dulu dan kini. Mereka meneliti data yang terdiri daripada lebih 360,000 remaja.

BACA JUGA :   Bosan Dengan Buku Teks Konservatif, Pelajar Ini Cipta Sebuah Aplikasi Buku Teks Digital

Di akhir penyelidikan ini, mereka mendapati bahawa kira-kira 40 peratus remaja pada tahun 2015 tidur kurang daripada 7 jam setiap malam, iaitu 58 peratus lebih tinggi daripada tahun 1991 dan 17 peratus lebih tinggi daripada tahun 2009.

Para penyelidik mengulaskan bahawa jika lebih banyak masa yang diluangkan untuk melayari internet dan menggunakan telefon bimbit, mereka akan mendapat tidur yang kurang. Remaja yang menghabiskan masa 5 jam untuk menggunakan telefon bimbit adalah 50 peratus lebih cenderung untuk tidak cukup tidur berbanding rakan sebaya yang hanya menghabiskan 1 jam untuk menggunakan telefon bimbit setiap hari.

Bermula sekitar tahun 2009, penggunaan telefon pintar melonjak, Twenge percaya perkara ini mungkin berkait dengan kenaikan 17 peratus antara 2009 dan 2015 dalam bilangan pelajar yang tidur 7 jam atau kurang. Penyelidikan terdahulu menyatakan bahawa gelombang cahaya yang dipancarkan oleh telefon pintar dan tablet boleh mengganggu kitaran tidur tubuh badan.

BACA JUGA :   Ular Sawa Seberat Lebih 80KG Dijumpai Dalam Perigi

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa? Mengambil telefon bimbit merupakan tindakan yang tidak berapa wajar kerana pada masa kini, telefon pintar dan tablet sangat penting dalam kehidupan seharian.

Penyelidik menyatakan bahawa kunci perkara dia atas adalah dengan bersederhana dalam penggunaan telefon bimbit. Untuk mendapat tidur yang secukupnya, kita perlu menghadkan penggunaan telefon bimbit sebanyak 2 jam sehari. Nasihat ini penting bagi golongan muda mahupun golongan tua. Golongan tua dan muda perlu bijak untuk membahagikan kehidupan mereka dalam penggunaan telefon bimbit supaya mendapat tidur yang cukup.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here