Pentingnya Sarapan

Jika anda sering tidak mengambil sarapan ataupun anda jarang untuk memulakan hari anda dengan mengambil sedikit makanan, kajian menyatakan anda berkemungkinan sukar untuk membina saluran darah di dalam badan. Hal ini akan menyebabkan sakit jantung yang boleh membawa maut.

sarapan

Loading...

Kajian berdasarkan Jurnal Kolej Kardiologi Amerika menjumpai tanda-tanda kerosakkan pada arteri sebelum gejala atau penyakit akan berkembang.

Penyelidik berkata kajian mereka menjadi elemen yang amat penting untuk memerangi penyakit kardiovaskular, pembunuh utama yang utama di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, penyakit kardiovaskular ini mengambil 17.7 juta nyawa pada tahun 2015.

sarapan

“Sesiapa yang sering tidak bersarapan pagi mungkin mempunyai gaya hidup yang tidak sihat secara menyeluruh” kata pengkaji kajian Valentine Fuster, pengarah Mount Sinai Heart dan ketua editor Jurnal Kolej Kardiologi Amerika.

BACA JUGA :   Pisang Kaki Ternyata Banyak Khasiat Yang Tidak Diketahui Ramai

Kajian ini membuktikan bahawa jika seseorang mengubah tabiatnya untuk bersarapan pagi, mereka akan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit jantung.

Laporan ini berdasarkan 4,000 pekerja pejabat di Sepanol. Perkembangan mereka ini dilihat sepanjang 6 tahun.

BACA : FAKTA : Smartphone Adalah Punca Sebenar Remaja Tak Cukup Tidur

Kira-kira ¼ daripada mereka mengambil sarapan yang mempunyai tenaga yang banyak, yang mana termasuk dengan 20 peratus atau lebih dalam masa satu hari.

Kebanyakkannya di dalam kajian ini – sebanyak 70 peratus – mereka mengambil sarapan pagi yang mempunyai tenaga yang rendah, makanan yang diambil oleh mereka memberi 5 hingga 20 peratus daripada pengambilan kalori harian mereka.

Manakala, 3 peratus daripada keseluruhannya berkata mereka tidak mengambil sarapan pagi atau mengambil sarapan dengan sedikit.

Kumpulan ini cenderung untuk mempunyai kebiasaannya yang tidak sihat dan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular.

BACA JUGA :   Ketagih Permainan Video Diklasifikasikan Sebagai Penyakit Mental - WHO

sarapan

Golongan yang tidak bersarapan pagi juga mempunyai lilitan pinggan dan index badan yang besar, tekanan darah yang tinggi dan tahap glukosa yang rendah.

Menurut Prakash Deedwania, profesor kedoktoran di University California, San Francisco dan juga merupakan pengarang editorial mempunyai lebih banyak bukti bahawa golongan yang tidak bersarapan pagi lebih banyak terdorong untuk membahayakan kesihatan seseorang itu.

“Walaupun mereka yang tidak mengambil sarapan dengan niat untuk mengurangkan berat badan, mereka lebih terdorong untuk makan dengan lebih banyak dan makan lebih pada waktu malam. Tidak mengambil sarapan, akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon” kata Deedwania.

“Sudah terbukti bahawa sarapan pagi merupakan perkara yang paling penting untuk hari-hari anda”.


Sumber: www.star2.com

Facebook Comments

Loading...