Yusuf Azmi Tidak Mahu Mengalah Dalam Membela Nasib Pengguna

Susulan selepas arahan penangkapan Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi menggesa rakyat bangkit membela dan memperjuangkan hak pengguna yang ditindas di Malaysia.

Yusuf berkata cadangan untuk menubuhkan sebuah parti yang memperjuangkan hak pengguna itu muncul walaupun beliau tidak berhasrat terlibat dalam politik.

Loading...

Yusuf Azmi

“Di Malaysia, pengguna harus dibela. Rakyat harus dibela. Hari ini saya nak pengguna dan rakyat bangkit ramai-ramai dan kita tidak boleh biarkan kita terus ditindas”.

“Saya hari ini macam nak umumkan tau… saya macam nak umumkan lah. Ana rasa parti yang ada kat Malaysia ini, kita pun kena ada parti. Parti Persatuan Pengguna Islam Malaysia ataupun Parti Semboyan 1Malaysia. Pemimpin-pemimpin kita kali ini kena ubahlah”, tegas Yusuf Azmi.

Yusuf Azmi

“Tapi nanti dulu. Belum lagi, kita fokus apa yang berlaku. Saya tak nak terlibat dalam politik. Malam tadi solat hajat tiba-tiba nak bertanding lah. Dah rasa macam geram, tapi saya taknak lah bertanding. Acah-acah. Baru acah pun dah menggelupur,” katanya.

Terdahulu, Yusuf Azmi dan Ali mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris. Kedua-dua didakwa melakukan perbuatan menceroboh itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A, Sungai Sikamat, pada 3.30 petang, 10 Julai lalu.

BACA JUGA :   Isu Wanita Islam Tidak Boleh Bertudung Ketika Bekerja Di Hotel, Ini Respon 'Panas' Dari PPIM
Yusuf Azmi
Sumber foto : Berita Harian

Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

BACA : PPIM Dapati 9 ‘Dragon’ Ini Adalah Dalang Kepada Kegiatan Jenayah Di Malaysia

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula. Yusuf Azmi walaubagaimanapun mendakwa penangkapan dan tuduhan di mahkamah terhadap dirinya hari ini diarahkan oleh “tangan ghaib“.

“Tangan-tangan ghaib inilah yang memang mengarahkan semua ini. Saya sepatutnya datang ke mahkamah setelah ada budi bicara, saya sepatutnya dihadapkan ke mahkamah pada hari Jumaat ini.”

Yusuf Azmi

“Saya menerima panggilan pada hari Isnin, pada pukul 4 petang, sebelum Asar, tapi tiba-tiba seorang pegawai polis telah menghubungi saya balik, pada waktu maghrib mengatakan, saya harus datang ke balai esok kalau tidak saya akan ditangkap di ofis saya dan sebagainya,” dedahnya.

BACA JUGA :   Kenyataan Yusuf Azmi Tentang Politik Tidak Wakili Seluruh PPIM - Datuk Nadzim Johan

Namun, Yusuf menyeru kepada NGO-NGO di luar sana yang berjuang berhabis-habisan membela rakyat agar jangan putus semangat dengan kewujudan tangan-tangan ghaib itu.

Yusuf Azmi
Sumber foto : PPIM

“Jangan disebabkan perkara ini berlaku kita putus semangat. Hari ini mungkin satu atau dua, tiga tangan ghaib ini, nak cuba menumpaskan kita.”

“Tapi hari ini berapa ramai kita tengok, sokongan daripada rakan media, sokongan daripada pengguna di Malaysia, rakan-rakan semboyan kita, daripada Negeri Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Johor dan seluruhnya.”

Yusuf Azmi

Apa-apapun, diharapkan PPIM terus teguh membela hak-hak pengguna Islam di negara ini dan menolak korupsi yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.


Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber :

MiloSuam
KiniTV

Facebook Comments

Loading...

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here