Thor : Ragnarok Kini Ditayangkan Di Pawagam

Thor kini kembali dengan lebih banyak aksi dan pengembaraan yang menarik dan mendebarkan. Anda pasti tidak sabar untuk menunggu tayangan Thor : Ragnarok hendak dikeluarkan. Jangan risau, penantian anda akan berakhir tidak lama lagi.

thor : ragnarok

Ringkasan Filem Ini

Dipenjarakan di alam lain tanpa penukul Mjolnir kerana dimusnahkan oleh tuhan penjahat baru yang berkuasa, Thor harus melawan waktu untuk kembali ke Asgard untuk menhentikan Ragnarok untuk menghalang tempat tinggalnya dan tamadun akhir Asgardia (Asgard) daripada musnah.

thor : ragnarok

Sebelum Thor dapat berperang dengan penjahat yang bernama Hela. Thor mendapati dirinya berada di dalam pertandingan gladiator bersama bekas sekutu dan rakan Avenger, iaitu “The Incredible Hulk”.

Thor harus bekerjasama dengan Bruce Banner atau lebih dikenali sebagai “Hulk”, saudara lelakinya, Loki dan beberapa watak baru untuk menghentikan “Ragnarok”.

Anda pasti tertunggu-tunggu filem yang dilakonkan oleh watak utama, Chris Hemsworth yang berjudul “Thor: Ragnarok”.

Filem ini diadaptasi dari komik marvel Thor ketiga yang juga menampilkan “The Incedible Hulk” dalam filem ini.

Anda mungkin sudah melihat treler dan saya ingin mengatakan bahwa mereka kelihatan sungguh hebat sekali. Filem ini mempunyai keseimbangan elemen aksi dan  jenaka yang baik dari Marvel.

thor : ragnarok

Bahasa: Bahasa Inggeris

Sarikata: Bahasa Melayu / Cina

Klasifikasi: P13

Tarikh Siaran: 26 Okt 2017

Genre: Aksi / Drama / Fantasi

Masa: 2 Jam 10 Minit

Pengedar: Walt Disney Pictures

Pelakon: Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo, Anthony Hopkins

Pengarah: Taika Waititi

Format: 2D, 3D, IMAX 2D, IMAX 3D, ATMOS 2D, 2D ATMOS D-BOX

Thor Ragnarok semestinya menjadi cara yang paling terbaik untuk para peminat mengisi masa lapang mereka untuk menamatkan bulan ini.


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here