tersumbat

Anda mengalami masalah hidung tersumbat? Pasti masalah ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada ketidakselesaan anda terutamanya ketika bernafas. Waktu dan cara anda tidur mungkin terganggu. Mereka yang pernah mengalami masalah ini, pasti telah faham situasinya.

Hidung anda tersumbat atau pampat disebabkan oleh pembuluh darah yang meradang yang berada di dalam membran melepasi bahagian dalam lubang hidung. Kebiasaannya disebabkan oleh selesema, pilek atau alergi. Timbunan lendir menyebabkan anda sukar untuk bernafas.

tersumbat

Anda boleh lakukan beberapa perkara untuk meredakan masalah ini daripada berlarutan dan antara tips yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengalami masalah hidung tersumbat  ialah:

#1. Elak hembus hidung dengan kuat

Anda jangan biasakan menghembus hidung dengan kuat untuk mengelakkan masalah hidung tersumbat dengan lebih teruk lagi dan membran lembut dalam hidung akan bertambah radang.

tersumbat

#2. Mandi air panas

Ketika anda mengalami hidung tersumbat, anda disarankan untuk mandi menggunakan air panas kerana wap yang keluar  daripada haba yang panas itu akan melancarkan penafasan anda. jika anda tidak mahu mandi, anda hanya perlu menyedut wap panas sahaja. Anda juga boleh masak air panas dan masukkan ke dalam bekas dan menyedut wap panas sehingga anda selesa bernafas.

tersumbat

#3. Banyakkan minum air kosong dan makan makanan berbentuk cecair

BACA JUGA :   Trend Terbaru Mekap 'Hias Lubang Hidung' Ini Pasti Buat Anda Tertawa

Anda digalakkan untuk kerap minum minuman kosong dengan banyak dan anda boleh mengambil makanan seperti sup panas, teh herba panas yang banyak sewaktu hidung tersumbat. Ini akan menyebabkan pengurangan mukus dalam hidung yang penyebab hidung kita tersumbat.

tersumbat

#4. Tuam di kawasan hidung

Anda hanya perlukan tuala dan basahkan dengan air panas, lalu tekapkan di kawasan batang hidung anda. Lakukan berulang kali, sehingga anda dapat merasakan kelegaan pada hidung anda dan selesa untuk bernafas.

tersumbat

#5. Pakai pelekat pada hidung

Kebiasaannya, ini merupakan cara paling mudah untuk anda lakukan. Walaupun pelekat itu hanya untuk orang dengkur, namun ia juga boleh digunakan bertujuan untuk membantu proses pernafasan dengan lebih selesa.

tersumbat

#6. Makan makanan pedas

Bila anda makan makanan yang pedas, air mesti keluar dari hidung anda. oleh itu, ini adalah salah satu cara untuk membantu mengeluarkan lebihan cairan dalam hidung anda yang membuatkan hidung anda tersumbat.

tersumbat

#7. Ubah posisi tidur anda

Semasa anda tidur, anda boleh meninggikan kepala anda dengan meletakkan bantal tambahan. Cara ini akan membuatkan anda lebih selesa untuk tidur dan lendir yang terdapat dalam hidung anda akan keluar. Ini akan membuatkan waktu tidur anda lebih efektif tanpa diganggu dengan kesukaran bernafas.

BACA JUGA :   Bahaya Penggunaan Kanta Lekap, Jika Tidak Mendapat Rawatan Pakar

tersumbat

#8. Berkumur dengan air garam

Panaskan air dan masukkan garam, kacau sehingga larut. Selepas itu, anda boleh berkumur beberapa kali. Cara ini merupakan cara terbaik untuk mengalirkan lendir dan membuka ruang sumbat pada hidung anda.

tersumbat

#9. Ambil udara segar

Jika anda mengalami hidung yang tersumbat, anda cuba untuk ambil angin dengan cara keluar berjalan-jalan dan sedut udara segar. Selain itu, gerakan yang sederhana seperti berjalan kaki akan meningkatkan sirkulasi dan dapat melegakan hidung anda daripada tersumbat.

tersumbat

#10. Elakkan mengambil produk daripada bahan tenusu

Kebiasaannya, sesiapa yang mengalami hidung tersumbat pasti cuba mengelakkan pengambilan produk tenusu seperti minuman susu, keju atau produk yang mengandungi susu. Jika anda mengambil produk tenusu, hidung tersumbat anda akan menjadi lebih parah.

tersumbat

Memang ‘seksa’ juga lah kalau hidung tersumbat, pernafasan tersekat-sekat, pening kepala, stres dan sebagainya pasti membuatkan anda tidak selesa. namun, anda boleh mencuba tips yang dikongsikan sangat mudah.

Sumber: SirapLimau

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here