Ratusan orang awam di perpustakaan Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) terpaksa mengosongkan bangunan gara-gara bau durian basi yang disangkakan gas bocor.

 

Loading...

Pihak bomba juga terpaksa bergegas ke tempat berkenaan setelah menerima laporan bahawa terdapat kes kebocoran gas yang serius di bangunan itu.

Kira-kira 500 orang pelajar dan guru dipindahkan ke tempat yang selamat sementara menunggu pihak bomba bersiap untuk masuk dan memeriksa punca kebocoran. Kerisauan timbul apabila bangunan itu sememangnya menyimpan bahan-bahan kimia yang berbahaya.

durian
Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT)

Setelah beberapa ketika, pihak bomba akhirnya berjaya menemui punca bau tersebut.

Rupa-rupanya, itu bukanlah gas yang bocor tetapi bau durian basi yang ditinggalkan di dalam almari. Bau durian basi yang tengik itu mempunyai bau yang seakan-akan sama dengan gas yang bocor.

BACA JUGA :   Najwa Pemain Bola Jaring Pertama Dilamar Ke Luar Negara

Bau itu merebak apabila ianya memasuki sistem penghawa dingin di bangunan itu. Akibatnya, seluruh bangunan terhidu bau itu, lalu mencetuskan kerisauan.

durian.
Pihak bomba Melbourne.

Setelah bau itu dihilangkan, bangunan tersebut kembali dibuka kepada orang awam kira-kira pada pukul 6 petang.

Masyarakat di luar Asia lazimnya tidak menyukai buah durian kerana baunya yang disifatkan sebagai tengik dan mempunyai rasa yang pelik. Walaubagaimanapun, ‘Raja Buah’ itu sangat terkenal di rantau ini, dengan nilai eksport Musang King ke China mencecah jutaan ringgit.

durian

Untuk tidak terlepas sebarang informasi-informasi menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Sirul Azhar Sedia Dedah Dalang Sebenar Kes Altantuya, Tetapi Dengan Satu Syarat…

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here